Thursday, January 28, 2010

Alkisahnya..

abang dan adik


Faiz dengan aktiviti kegemarannya, membaca plate kereta


Izzah, Muiz dan Faiz

* (Gambar-gambar di atas, diambil daripada blog acusrikandi sebagai kenangan..)

Rasanya dah dekat sebulan tak bercerita fasal anak-anak dan tak ada gambar terbaru. Sebenarnya, kamera rosak dan sedang dibaiki. Dah benda nak jadi, tak boleh dipersalahkan si Faiz yang membaling kamera tu. Salah kan juga diri sendiri yang membiarkan Faiz yang nak 'mencuba' kamera tu sendiri. Kalau tak dibagi, meraunglah dia.. Bukan saja kamera yang rosak, printer abinya juga rosak. Alahai.. Faiz..

Memang masa ni, semua benda Faiz nak buat sendiri. Dari pakai baju, buat susu, sampaikan buang air besar pun nak basuh sendiri. Kalau dah buat sendiri tu, faham-faham je lah.. Lagi satu, dia dah pandai menyanyi, tapi cara sebutan dia sendirilah.. Kalau orang dengar, mungkin tak tahu lagu apa yang dia nyanyikan.. tapi bagi kami tentulah tahu, sebab lagu-lagu tu selalu dia dengar dalam CD dan abang, kakaknya nyanyi..(Lagu-lagu tu semua dari CD Lagu Adik-adiku Sayang yang anjangnya bagi, dan lagu sekolah PASTI abangnya.) Sekarang, abangnya berlatih azan sebab mu'allimahnya suruh masuk pertandingan azan di sekolah. Faiz pun ikut samalah azan dengan abangnya..Eloklah tu..


1 comment: