SELAMAT TAHUN BARU 2010
PERBAHARUI AZAM, PERBAIKI DIRI, PERKASAKAN IMAN,
DAN PERBANYAKKAN AMAL SOLEH
Setiap tahun, sehari selepas menyambut tahun baru, Tie akan menyambut umur yang baru. Pada 2 Januari ni, umur Tie semakin meningkat ke 33 tahun. Alhamdulillah.. jadi, setiap kali tahun baru, akan disambut dengan penuh kesederhanaan, kesyukuran dan keinsafan kepada Allah kerana makin bertambah usia ini.
Semoga tahun ini akan dilimpahi rezeki yang diredhai Allah, nikmat kesihatan dan kebahagiaan buat kami sekeluarga dan setiap apa yang dilakukan akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.. InsyaAllah. Amin...
Selamat bersekolah kembali buat anak-anak dan semua guru-guru yang akan memulakan sessi persekolahan 2010, Isnin ini..
No comments:
Post a Comment