Sunday, September 6, 2009

Perutusan Ramadhan

Terdapat bermacam cara untuk kita berdakwah sebenarnya. Salah satunya adalah dengan cara penulisan. Di bawah, adalah surat atau perutusan yang ditulis oleh Abang Zul untuk diedarkan kepada jiran terdekat, dan ahli Qariah, untuk mengimarahkan masjid dengan bersolat Jumaat. Dia terpanggil untuk berbuat cara begini, kerana ada sebilangan jiran tetangga kami yang tidak atau jarang sekali pergi untuk solat Jumaat . Semoga mendapat iktibar dan hidayah Allah hendaknya..


PERUTUSAN RAMADHAN


Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh…

Sempena bulan Ramadhan yang berkat ini, dan juga sebagai tanggungjawab sesama saudara seIslam, sukalah saya memberi sedikit peringatan sebagai menyahut tuntutan Allah dan rasulnya.

Puasa merupakan Rukun Islam ketiga, selepas Mengucap Dua Kalimah Syahadah dan Solat .

Dengan hanya melakukan puasa, tetapi tidak melakukan solat lima waktu adalah perkara yang tidak dipersetujui oleh Islam.

Disini, saya sebagai menunaikan tanggung jawab Imam yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Pahang dengan penuh harapan, menyeru dan mengajak saudara – saudara ahli qariah kampung ini dan saudara yang berada di dalam kawasan rumah saya iaitu jiran terdekat , mengambil kesempatan di bulan yang penuh dengan keampunan dan keberkatan ini, menunaikan Solat Jumaat di Bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain..

Mudah-mudahan dengan melaksanakan tuntutan solat tersebut, kehidupan kita dan keluarga kita diberkati Allah dan menghindarkan diri kita daripada mendapat siksa Allah yang maha pedih di akhirat kelak .

Ketahuilah saudara sekelian, Solat adalah Tiang Agama. Tanpa solat, apalah erti ibadat yang lain dan jika ibadat solat kita sempurna, akan dipermudahkan hisab di akhirat kelak.


Diharapkan perutusan ini tidak menganggu emosi saudara-saudara sekelian..


Maksud firman Allah Taala: Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang mukmin..


Dan Maksud Hadis : Sesungguhnya Agama itu nasihat menasihati.


Yang benar,

( Ustaz Hj. Zulkifli Bin Mat Arof )

Imam 1 Masjid Ar –Rahman

Kg Batu 4 Jalan Maran,

Temerloh Pahang

No comments:

Post a Comment