Friday, August 21, 2009

UNIT PEMULIHAN CARAKERJA ( UPCK )



















Ini adalah sekadar perkongsian maklumat, Tie yang kerap bawa Faiz ke Unit ni pun memang tak tahu apa-apa sebelum ni.. Sekarang Tie dah laluinya dan teringin untuk menambahkan pengetahuan tentang Unit Terapi Carakerja ni.

Ianya bertempat di Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultan Hj Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS)

Pemulihan Carakerja adalah satu kerjaya yang mempromosi kesihatan dan penyembuhan melalui aktiviti simulasi pekerjaan. Matlamat utama Pemulihan Carakerja ialah menggalakkan seseorang berdikari dan berfungsi dalam kehidupan seharian mereka. Jurupulih Carakerja mencapai tujuan ini dengan menggalakkan pesakit melakukan aktiviti-aktviti khusus yang boleh mencetus keupayaan dalaman atau mengubahsuai pesekitaran supaya mereka dapat berfungsi secara optimum .

Pegawai Bertugas (pernah dan sedang merawat Faiz)
Rejina A/P Maniam sebagai - Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja)
Hashimah bt Ahmad Ramli - Jurupulih Perubatan (Carakerja)

Jenis Perkhidmatan :
(Antaranya)
  • Ketidakfungsian fizikal dewasa dan kanak-kanak
  • Ketidakfungsian Psikiatri
  • Pemulihan kanak-kanak istimewa
  • Pemulihan anggota atas dan tangan
  • Pemulihan Rheumatologi
  • Pemulihan Jantung
  • Pemulihan Kelecuran dan Terbakar
Selepas ni, Tie akan berikan maklumat yang lain pula, khususnya tentang rawatan atau latihan yang Faiz kena ikuti seterusnya seperti 'DayCare' pada bulan 11 nanti.

Sekarang, masih bawa lagi Faiz ke Terapi Cara Kerja ni dua minggu sekali. Syukur lah Hospital dekat dengan rumah dan kemudahan ini akan dimanfaatkan. Dari segi layanan pun boleh dikatakan memuaskan.. Alhamdulillah..

Maklumat dan gambar daripada laman Web HoSHAS Temerloh. http://hoshas.moh.gov.my

No comments:

Post a Comment