Hari ni nak cerita tentang Faiz yang baru jumpa doktor hari Khamis lepas. Ini adalah rawatan susulan selepas bulan 3 dulu. Semasa kali pertama datang dulu, baru beberapa perkataan je yang dia boleh sebut, termasuklah Huruf dan Nombor. Kiranya selepas hampir 5 bulan ni, doktor telah buat kesimpulan yang Faiz telah menunjukkan prestasi yang bagus dan ada ciri-ciri positif yang mengatakan dia bukan seorang kanak-kanak Autisme.. Alhamdulillah..
Berikut adalah ciri-ciri positif yang ada dalam diri Faiz
3. Suka dibelai, dipeluk dan terlalu rapat dengan umminya, sehinggakan dia sendiri yang datang peluk dan cium kita.( Kalau Autistik tidak suka dibelai dan dipeluk walaupun dengan ibu
sendiri, inikan pulak dengan orang lain...)
5. Ada tumpuan dan peka dengan sesuatu serta daya imaginasi yang baik.1. Ada 'eye contact'. ( perhubungan dan bertentang mata )
2. Minda yang baik (sudah mengenal huruf dan nombor serta boleh mengeja beberapa perkataan)3. Suka dibelai, dipeluk dan terlalu rapat dengan umminya, sehinggakan dia sendiri yang datang peluk dan cium kita.( Kalau Autistik tidak suka dibelai dan dipeluk walaupun dengan ibu
sendiri, inikan pulak dengan orang lain...)
4. Mudah mengingati dan menghafal sesuatu perkara
6. Sudah mula pandai nak bergaul dengan orang sekeliling.
7. Dah boleh ikut apa yang orang lain sebut.
Tapi, masih ada ciri-ciri Negatif dalam diri Faiz iaitu..
1. Suka main seorang diri
2. Mudah memberontak atau mengamuk sambil menangis kalau tak diikut kehendaknya.
3. Tidak boleh menyusun perkataan panjang-panjang untuk bercakap
4. Mempunyai perangai pelik, dan di luar dugaan. ( Hanya orang yang rapat dengan dia je yang
mengetahunya...)
Walau apa pun, Tie akan terus bawa dia ke Terapi Cara Kerja untuk mendisiplinkan dan meningkatkan lagi prestasi nya, kalau boleh sehingga dia boleh bercakap dengan baik. Yang masih belum selesai lagi, ialah untuk mengesan frekuensi pendengaran Faiz. (tahap pendengaran) yang asyik tertangguh tu..bulan 11 nanti pulak.
" Ingatlah...Setiap anak adalah anugerah istimewa dari Allah...''
alhamdulillah..ada fakta mengatakan budak autisme ni sebenarnye genius dan istimewa..tapi kena latih dia supaya dapat seimbang semua segi dan membesar seperti kanak-kanak normal yang lain..
ReplyDeletetapi masalahnye kadang-kadang parents lambat perasan ynag anaknye ada autisme.dah terlambat untuk dibentuk mindanya..
Acu doakan faiz akan jadi seorg genius muslim,kebanggaan umi dan abi suatu hari nanti..
InsyaAllah, berkat doa semua, Faiz akan cepat pandai bercakap dan menjadi genius muslim satu hari nanti.
ReplyDeletefaiz dah besor nt jd doktor ye,
ReplyDeletejd org baik...