Hari Sabtu lepas, Tie bawa anak-anak ke pondok wan dan aki nya. Kami makan tengahari di sana. Kat sini, memang selalu buat makan-makan. Kali ni adalah jamuan makan dan bergotong-royong yang terakhir sebelum menyambut Ramadhan ni. Diaorang sembelih seekor lembu dan masak beramai-ramai serta memasang khemah untuk berbuka puasa nanti.
Abinya sebagai AJK di Darul Izzah tak dapat datang sebab demamnya masih belum sembuh. Kali ni lama sungguh dia demam sampai dekat seminggu dah. Tapi tak pe lah ini sebagai Kiffarah dosa ( pengampun dosa ) InsyaAllah.. Memandangkan puasa dah semakin hampir harap-harap dosa-dosa yang kecil tu diampunkan Allah. Bagi sesiapa yang demam atau sakit tu bersabarlah dan ingatlah itu semua ujian dari Allah dan mudah-mudahan sebagai kiffarah dosa kita dan mengingatkan kita sentiasa mendekatkan diri denganNya.. Maklumlah... kita ni mudah terleka dengan duniawi. Bila datangnya sesuatu musibah atau penyakit barulah kita mengingatiNya...
Berbalik kepada cerita makan-makan tadi, kami dihidangkan dengan makanan yang sedap-sedap belaka, iaitu sambal budu pucuk ubi, ikan talapia bakar dengan pencicahnya, pajeri nanas dan sup. Memang sedap... Tapi anak-anak yatim di sini semuanya tak ada, diaorang pergi menghadiri majlis kenduri di tempat lain. Kuranglah meriahnya.. Tapi tetap seronok dengan menjamu selera bersama wan-wan dan aki-aki di sini..

long sedap tido..tk dpt dtg time nih...mimpi sdp sgt...
ReplyDeleteApelah Along ni sedap sgt tido... petang tu sakit perut pulak..He..he..he..
ReplyDelete