Monday, August 24, 2009

Cemas...


Semalam, hari ke tiga berpuasa. Tie yang tengah berehat sekeluarga dikejutkan dengan panggilan salam adik kepada jiran Tie yang di belakang rumah, minta kunci rumah kakaknya.

Tie dengan selamba berkata, "Akak tu ada dalam rumah. Tadi, baru je dengar suaranya sedang jemur kain. "

Tapi adik akak tu cakap, "memang dia ada pun... tapi dia tak sedar tu.." "Ha! Tak sedar? Pengsan ke"... Tie sedikit cemas dan mencari kunci-kunci rumah sewa yang ada..dan terus ke rumah jiran tu.. bersama adiknya...Adiknya cakap, terdengar bunyi akak berkeruh dengan kuat... tentu ada yang tak kena selepas abang iparnya menelefon suruh tengokkan kakaknya yang tak mengangkat panggilan telefon.

Selepas cuba kunci yang ada tu, tapi semuanya bukan kunci spare rumah tu.. Terdengar suara anaknya cakap "mama tidur,
tak nak bangun".

Alhamdulillah, pintu belakang rumahnya tak berkunci. Kami pun masuk. Memang sah akak tu tengah tak sedar dan mulutnya dah berbuih serta kaki dan tangannya kejang, dan sekali-sekala tersentak-sentak..Tie sangat cemas waktu tu..

Mujurlah Abg Zul ada dan terus telefon ambulans.. Tie yang tak berpengalaman langsung dengan orang yang sakit macam tu hanya berdoa dan tolong apa-apa yang patut. Tie menyuruh Izzah dan Muiz melayan anak-anak akak tu yang berumur 1 setengah dan 3 tahun tu bermain. .. Nasib baik yang kecil tu tak menangis.. Kesian anak-anak kecil tu...

Adiknya cakap akak tu ada kencing manis dan darah tinggi. Sebelum ni pernah jadi macam tu.. tapi tak lama.

Selepas 15 minit, ambulans pun sampai. Abg Zul menunggu di tepi jalan sebagai penunjuk arah...

Semasa diangkat ke ambulans, Akak tu masih tak sedar lagi... Tapi alhamdulillah akhirnya semua selamat...

Hari ni, tak dengar lagi khabar tentang akak tu, mungkin di hospital lagi atau di rumah adiknya.. InsyaAllah semuanya selamat..
Itulah pentingnya kita berjiran.. hari ni hari akak tu, mungkin esok lusa hari kita pula ditimpa kesusahan..Nauzubillah..


1 comment:

  1. la...nape yak gitu..sian btl...dengo gek cte...kwn adik dia bgtau...mulut buih2 ye..huhu...gone la buat?

    kejang ke kajang pak malau kajang berlepat?eh bukan²,..ke sawan?

    mujur ambulans deraih yak.

    ReplyDelete