Friday, July 31, 2009

Pagar Untuk Keselamatan

Sekarang, rumah kami dah berpagar. Dengan adanya pagar ni, si Faiz tu tak dapatlah keluar daripada rumah secara senyap dan mudah. Bukannya apa, sebelum ni dah berlaku beberapa kali Faiz keluar daripada rumah dan pergi hampir ke jalan raya. Takkan lah nak tutup pintu 24 jam kan. Selepas adanya pagar ni, dia ok sikit. Tak lah pergi ke luar rumah seorang diri lagi dah. Dia cuma baring sambil hisap susunya di pelantar rumah.
Pagar tu diperbuat daripada kayu terpakai je. (kayu katil lama) Cuma bayar upah pada pak cik yang membuatnya aje. Tukang catnya, siapa lagi kalau bukan Izzah dan Muiz...(Muizlah yang paling banyak, sebab kakaknya sekolah.) rajin sungguh diaorang ni, sampai tikar getah dan tangga pun habis terkena cat. Tak pelah, 'Apa Yang Penting, Kerjasama'.
Tapi gambar tak clear lah, siapa entah yang ambil mode malam.

2 comments:

  1. ooo...muiz cat pgr ye..abih muka..HAHAHA

    ReplyDelete
  2. Memang pun, habis muka, kaki, tangan, semuanya..

    ReplyDelete