Sunday, July 26, 2009

Di Rumah Nenek ....

Hari Sabtu, ambil Izzah di rumah neneknya sambil bawa jagung manis yang dibeli daripada ayah teh untuk makan beramai-ramai. Lagipun ada anjang Min balik sebab nak tengok baby Azim (anak mak tam Yin yang baru seminggu tu.), jadi meriahlah rumah neneknya. Tie dapat KeyChain Cameron Highland dari Yan. Terima kasih....
Sebelum balik, petang tu kami sempat makan bubur jagung buatan nenek.

Izzah ada ambil gambar adik-adik yang tengah ralit bermain...
Gambar ni pulak, diambil semasa Izzah, Muiz dan Faiz makan jagung lagi di rumah ...(makanlah sepuasnya, selagi ada ni.) Tapi, Muiz tu lebih suka makan kalau dipotong halus-halus isinya sebab nak gigit tak ada gigi depan. Lebih seronok lagi, kalau kakak yang suapkan. Si Faiz pulak, bukannya makan pun jagung tu, dia cuma pegang dan buat gaya macam handphone je.. siap cakap hello, lagi.. kelakar sungguh penghibur hati, penyejuk mata ummi ni...

2 comments:

  1. sedaknye budak² kecik mkn jagung yee..
    along nk ckit.....
    pastu along nk gigit muiz hhahahaa....

    ReplyDelete