Monday, April 4, 2011

Ragam Anak-Anak Di Hujung Minggu

Beruntung dan bertuah rasanya bila setiap kali hari minggu je, dapat bawa anak-anak berjumpa nenek mereka samada di pondok Pangsenam atau di Taman Jaya. Setiap kali pergi ke rumah nenek, ada je lah aktiviti dan ragam anak-anak, terutama semasa adik-beradik lain turut sama balik unuk meziarahi ma. Makin ramai, semakin meriah. Kalau minggu lepas, kami bakar ayam BBQ bersama Apis dan keluarga kak Nana, minggu ni hanya kami sekeluarga saja yang ada di rumah neneknya. Oleh sebab terasa sunyi dan boring, maka Izzah, Muiz dan Faiz bermain gitar 'cikPis' yang tersimpan dalam biliknya tu.. (Kalau CikPisnya ada, jangan haraplah nak main..) Seronoklah mereka dapat main. Tapi semuanya tu sekejap je, akhirnya diaorang bertiga berebut untuk main gitar tu seorang. Budak-budak memang macam tu ke? Tak boleh nak berkongsi dan bergilir-gilir.. Itulah namanya ragam anak-anak. Kalau dah bermain, mesti nak berebut, berkelahi dan merajuk. Tapi, mujurlah sekejap je dah ok semula.. Itulah, yang menjadi penghibur hati nenek yang tersenyum melihat gelagat cucu-cucunya..

Sebelum berkelahi, nak berkongsi dan bergilir2

Dah berkelahi dan merajuk, tak nak main gitar sama2.
Faiz dah keletihan sambil minum susu

Gelagat anak-anak bersama gitar yang menjadi rebutan..


Ni masa bakar ayam BBQ minggu lepas, nasib baik Izzah dan Muiz tak berebut untuk membakar ayam tu.. Tapi dia berlawan pulak siapa yang paling banyak makan..Ada-ada je budak ni..

Izzah dan Muiz bersama nenek di Pangsenam

2 comments:

  1. hehe..aksi Faiz ngan gitar paling selamba sekali..sib baik juga ada Ati yang duduk dekat ngan Ma.., bolehlah selalu2 dtg jenguk Ma..nak harapkan kami yang jauh ni, susahlah sikit..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kak, tu yg rasa beruntung sangat, sebab dekat dgn ma. Lagipun kalau setiap kali adik beradik balik nak jenguk ma, dapat jumpa semua..Cumanya, yang rugi sikit sebab tak de 'kampung' lah. Orang lain dapat balik kampung..

    ReplyDelete