Sunday, June 6, 2010

Play Thread and beads

Faiz bersama Cikgu Shima dan 'thread and beads'nya..
Faiz dah kurang tumpuan bila ummi masuk ke bilik terapinya..
Bila bersama cikgu Shima, tumpuannya ok lagi.
Dah mula nak balik dan hilang tumpuan..

Ini ada mainan baru khas untuk anak-anak, sangat bagus untuk merangsang minda dan kecekapan tangan dan daya tumpuan. Kalau mula-mula diberi alatan tu, Faiz hanya menggunakan satu tangan dan nampak sedikit kekok untuk memasukkan tali ke dalam blok kayu, tapi selepas 2 kali praktis, dia dah semakin cekap dan memasukkannya dengan menggunakan kedua-dua tangannya dan lebih tumpuan. Kalau kita gunakan tali dan memasukkan manik-manik pun boleh juga..Tapi sekarang ni, mainan puzzle dah mula menjemukannya. Kena cari mainan lain yang lebih mencabar minda dan minatnya..
Sekarang alatan mainan Faiz, semuanya yang memberangsangkan minda dan berbentuk pembelajaran.. Baguslah. Dan sekarang juga, Faiz mula pandai mengeja sesetengah perkataan tu. Kalau kita eja dia akan membunyikannya pulak..

2 comments:

  1. aktiviti yang bagus untuk koordinasi tangan dan mata...tumpang gembira dengan perkembangan Faiz ;-)

    ReplyDelete
  2. nanti kalau acu ada jumpa permainan tu acu tlg belikan ok

    ReplyDelete