Tuesday, June 1, 2010

MISAR KAFA dan Kuala Gandah, Lancang

Persembahan Nasyid daripada pelajar KAFA Al-Munawwarah Taman Setia Jasa, Temerloh

Sebelum persembahan..Nasib baik persembahan tu no 4 daripada 30 kumpulan nasyid..


Di Santuari Gajah dan Deerland Kuala Gandah, Lancang...
Izzah dan Muiz bersama kawan-kawan (anak murid KAFA)
Semua nak bagi rusa makan..

Abi dgn Muiz nampak mcm steday je, tapi sebenarnya takut jgk.
eee.. geli ke takut tu, kakak?
Tengoklah beruang tu, merajuk ke? (duduk bersendirian tak mau pandang orang pun)
Gajah sedang makan dan minum

Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga ke Bukit Damar, Lancang untuk sertai Majlis Sukan Ilmiah SAR dan KAFA Daerah Temerloh. Tie dan abinya kena bawa anak murid ke sana untuk sertai pelbagai acara pertandingan iaitu Nasyid (Izzah masuk), Hafazan & Tilawah al-Quran, Tulisan Khat dan Azan. Kami pergi dengan tiga buah kenderaan dan pelajar seramai 17 orang pelajar. Ada 30 buah sekolah KAFA dan SAR yang menyertainya.
Walaupun tak menang acara-acara tersebut, tapi semua berpuas hati dan dapat menimba pengalaman yang menarik di sana. Kami juga berkesempatan jalan-jalan ke Santuari Gajah dan DeerLand di Kuala Gandah, Lancang yang tak jauh daripada Bukit Damar tu.

Faiz yang seronok tengok kakak-kakak bagi deer yang lapar tu makan...

No comments:

Post a Comment