Sunday, May 9, 2010

Dahsyatnya Doa Ibu

Ibu, Doanya adalah penawar, juga racun berbisa.
Ibarat tajamnya mata pisau,

yang mampu melakar masa depan yang gemilang
buat anak tercinta,
juga dapat mengancurkan masa depan, si anak derhaka

Di sini, sempena Hari Ibu dan kebetulan Tie ada baca buku berkaitan doa ibu dan ingin berkongsi sedikit maklumat daripada buku yang telah dibaca yang sangat menarik perhatian. Buku ini hasil tulisan Syamsuddin Noor.

Sebagaimana yang kita tahu, doa adalah suatu ibadah. Doa juga boleh mendekatkan kita dengan Allah. Doa juga adalah zikir. Doa akan menjadi lebih bermanfaat sekiranya doa daripada anak kepada ibunya dan doa daripada ibu kepada anaknya. Allah pasti mengabulkan doa hamba-hambanya menurut apa yang baik untuk mereka.

Rahsia dahsyatnya doa ibu..
1- Doa ibu menjadi dahsyat kerana kesucian dan kemuliaan doa itu sendiri di sisi Allah.
2- Doa ibu menjadi dahsyat kerana kemuliaan orang tua khususnya ibu di sisi Allah.
3- Doa ibu menjadi dahsyat kerana besarnya pahala berbakti kepada orang tua itu.
4- Doa ibu menjadi dahsyat kerana beratnya dosa menyakiti orang tua.

Dalil yang menyatakan Dahsyatnya doa ibu


Makud hadis "

"Tiga jenis doa yang mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairan dalam al-Jami'us Shahih.)

Manfaat dan kelebihan doa Ibu
Doa ibu seperti doa Nabi untuk ummatnya
Doa ibu membawa kemuliaan
Doa ibu dapat menolak fitnah
Doa ibu membawa keselamatan
Doa ibu membawa Husnul Khatimah
Doa ibu membuka pintu rezeki
Doa ibu menyihatkan keluarga
Doa ibu sumber kekuatan batin
Doa ibu pintu hidayah sepanjang zaman
Doa ibu adalah segala-galanya....

Kewajipan seorang anak untuk ibunya
* Berbakti kepadanya
* Lebih mengutamakan ibu
* Menyayangi dan memuliakan ibu
* Memandang ibu dengan penuh kasih sayang
* Berkata dan bersikap lembut kepada ibu
* Menjaga keredhaan ibu kerana, Nabi Muhammad saw telah berkata: " Keredhaan Allah itu bergantung pada keredhaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah juga bergantung pada kemurkaan kedua orang tua.."
* Memberi bahagian yang lebih besar kepada ibu berbanding bapa
* Menjaga ibu yang tua dengan baik
* Berdoa untuk ibu supaya Allah mengasihinya
* Berterima kasih dan bersyukur kepada Allah serta kepada kedua orang tuanya.

10 hak orang tua yang wajib dipenuhi oleh anak-anak.
1. Memenuhi makan dan minumnya.
2. Melayani semua keperluannya.
3. Menjawab panggilannya.
4. Mentaati semua perintahnya selagi perintah itu bukan perkara maksiat.
5. Berkata-kata dengan lemah-lembut dan tidak memarahinya.
6. Memberi pakaian secukupnya.
7. Berjalan di belakangnya.
8. Berusaha supaya orang tua sentiasa reda kepadanya.
9. Tidak menyukai apa yang orang tua tidak suka.
10. Berdoa dan memohon keampunan untuk ibu bapa dan diri sendiri.

Kesempatan berbakti apabila ibu sudah tiada

Sekiranya ibu bapa kita sudah tiada, kita masih berkesempatan berbakti kepadanya iaitu dengan : mendokan mereka, sedekah al-fatihah, melaksanakan wasiat mereka, menghubungkan kaum kerabat daripada kedua-duanya, menghormati sahabat-sahabat mereka, menziarahi kubur mereka, bersedekah untuk mereka dan mengerjakan haji untuk mereka..

"Apabila seseorang tidak lagi mendoakan orang tuanya, dia sesungguhnya memutuskan jalan rezekinya." ( Hadis riwayat ad-Dalimi)

Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. " (Hadis riwayat Muslim)

Kemanisan berbakti kepada ibu
1. Mendapat pahala yang besar
Nabi berkata : "Tidaklah seorang anak memandang wajah orang tuanya dengan penuh kasih sayang kecuali Allah memberikan ganjaran kepadanya seperti orang yang mengerjakan ibadah haji mabrur".

2. Allah menyayangi anak yang berbakti kepada ibunya
Berbakti kepada ibu bapa adalah salah satu perkara yang Allah suka selain daripada solat yang tepat pada waktunya dan berjuang di jalan Allah. (maksud hadis)

3. Allah mendengar doa anak yang berbakti kepada kedua ibu-bapanya.
4. Berbakti kepada ibu dapat menebus dosa
5. Mendapat keberkatan dalam hidup
"Sesiapa yang ingin panjang umur dan mendapat rezeki yang melimpah ruah, hendaklah dia berbakti kepada kedua orang tuanya dan menyambung tali persaudaraan."
(Hadis riwayat Ahmad)

6. Anakmu kelak akan berbakti pula kepadamu
Nabi berkata: "Berbuat baiklah kepada ibu-bapamu, nescaya anak-anakmu juga kelak akan berbuat baik kepadamu. Peliharalah kehormatan isteri orang lain, nescaya isterimu terpelihara daripada celaan orang lain." (Hadis riwayat Thabrani)

7. Mendapat balasan Syurga Na'im dan darjat yang tinggi
Allah berfirman : Sesungguhnya Allah menyediakan syurga yang penuh kenikmatan iaitu Syurga Na'im untuk orang yang berbakti." (Surah al-infithar, ayat 13)

Berdosa Besar bagi seseorang yang menderhakai ibu

Bentuk-bentuk penderhakaan kepada ibu
1. Membuatkan ibu bersedih
2. Mencaci ibu
3. Membeliakkan mata kepada ibu
4. Kedekut kepada ibu
5. Bercakap kasar dengan ibu

Kesan buruk menderhakai ibu
1. Amal kebajikan menjadi sia-sia
2. Dipercepatkan azab ataupun malapetaka di dunia
3. Menghilangkan cahaya kesolehan
4. Memendekkan umur
5. Meninggal dalam su'ul khatimah
6. Terhalang masuk syurga
7. Mendapat kutukan Allah
8. Allah menjauhinya pada hari kiamat
9. Paling awal masuk neraka

Jalan keluar bagi anak yang telah terlanjur derhaka
1. Selalu mendoakan kebaikan untuk mereka dan memohon Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.
2. Melunaskan hutang orang tua sekiranya ada yang belum dibayar.
3. Menunaikan nazar apabila ada nazar mereka yang belum sempat terlaksana.
4. Menjaga kehormatan dan memenuhi sumpah yang pernah mereka ucapkan sewaktu mereka masih hidup.
5. Melakukan segala kebaikan dalam rangka 'birrulwalidaini'. Semoga Allah memaafkan segala dosa kesalahan kita kepada orang tua dan menerima taubat kita.

InsyaAllah mendapat manfaat bersama...






No comments:

Post a Comment