Monday, May 3, 2010

Gelagat anak-anak dengan arnab

Afnan, Izzah dan arnab kesayangan

Berebut nak pegang ke, ape ni ? Aufa pulak takut. Tengok dari luar je

Kenapa tak pegang arnab tu? takut ke, segan kat arnab ..?
Bagus arnab, duduk rapat-rapat je.. Semua nak masuk gambarlah tu..

Hari Sabtu lepas, Min dan Yan singgah rumah sekejap semata-mata nak hantar Buku Mari Berdoa dan VCD Bijak Solat walaupun nak cepat untuk ke Kuantan. Terima kasihlah, dapat harga promosi istimewa lagi..Walaupun masa yang singkat, tapi sempat juga ambil gambar budak-budak tu dengan arnab. (Gambar atas tu copy dari blog Yan je)

VCD Bijak Solat tu, memang bagus. Cukup lengkap isinya dan sesuai untuk mendidik anak-anak belajar solat dengan betul. Sambil belajar boleh berhibur. Faiz pun seronok tonton VCD tu dan dia boleh ikut perlakuan dalam solat. Muiz yang dah belajar solat di sekolah PASTI nya pun, lebih mudah menghafal bacaan dalam solat kalau selalu tonton VCD tu.. Tak mustahil, darjah 1 nanti, dah hafal semua bacaan dalam solat. InsyaAllah ..

Buku Mari Berdoa pulak, best juga. Dengan gambar yang menarik minat anak-anak dan percuma CD nyanyian doa. Anak-anak memang mudah menghafal sesuatu kalau sambil menyanyi. Tentulah banyak faedahnya, sambil membaca dan mendengar, boleh menghafal serta mengamalkannya.. Kalau berminat, boleh dapatkannya di pasaran sekarang atau ke http://www.inteammobile.com


TAHNIAH buat Min dan In Team, menang Anugerah Album Nasyid Terbaik (AllahuRabbi) dan Lagu Nasyid Terbaik-Dia Muhammad dalam AIM 17 malam tadi.. Teruskan berdakwah dan berusaha menghasilkan lagu-lagu nasyid terbaik..

3 comments:

  1. banyaknya arnab...geramm...

    ReplyDelete
  2. salam kak tie..
    bagus ye vcd bijak solat tu? insyallah boleh cuba nnti.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Atie.

    Seronok betul bergambar dengan arnab.

    ReplyDelete