Tuesday, April 6, 2010

Jom Nyanyi Dan Hayati Lagu Ni..

Sebelum ni, Tie pernah dengar Muiz nyanyi lagu ni. Rasa macam best dan pernah dengar senikatanya. Memanglah, ia adalah terjemahan daripada surah asy-Syams. Rupa-rupanya Muiz dah lama hafal lagu ni dan selalu nyanyikan bersama muallimah dan kawan-kannya di PASTI. Baguslah..

Sedikit tentang isi Surah as-Syams yang mempunyai 15 ayat ini..

Kaum Tsamud telah dihancurkan oleh Allah kerana kederhakaannya. Tuhan menegaskan bahawa hal ini adalah mudah bagi-Nya, sebagaimana mudahnya menciptakan benda-benda alam, siang dan malam dan menciptakan jiwa yang tersebut dalam sumpahNya. Allah memberitahu kepada manusia jalan ketakwaan dan jalan kekafiran, manusia mempunyai kebebasan memilih antara kedua jalan itu... Subhanallah.. Alluhuakbar...

2 comments: