Tuesday, April 13, 2010

Sweety...Tinggal Kenangan

Petang Ahad lepas, Izzah mengalirkan air mata kesedihan sebab arnabnya 'sweety' mati selepas digigit kucing liar. Selepas sebulan lebih kami peliharanya. Akhirnya, sweety pergi dalam keadaan yang tragis dengan luka di pipi dan tengkuknya. Selepas Izzah sapu ubat pada lukanya dan dipangku beberapa minit, akhirnya dia pergi jua..Patutlah sebelum tu dia melompat-lompat dan menjadi liar semacam je, rupanya dah dekat nak mati.Oh sedih nya..
Memang sebelum ni, itulah yang kami risau (digit kucing berkeliaran). Tapi entah kenapa, petang tu, selepas dilepaskan arnab-arnab tak de seorang pun yang mengawal rapi arnab-arnab tu.. sehinggalah digigit kucing liar. Agaknya dah lama kucing tu geram kat sweety yang comel tu. Macam mana nak buat, dah ajal dia.. Lepas ni, tak akan dibiarkan lagi arnab-arnab dilepaskan tanpa kawalan. Dan semoga kucing liar tu mendapat balasan yang setimpal.
"Tak pe lah kakak, kita masih ada arnab yang lain untuk dibesarkan dan dibela dengan baik". Begitulah Tie memujuk Izzah yang menangis kesedihan.
Sebelum si sweety tu mati, 'adiknya' yang paling kecil (berusia seminggu) baru mati awal pagi sabtu tu. Ia mati sebab sakit dan terlalu kurus, mungkin tak cukup susu dan dah ajal dia..

No comments:

Post a Comment