Thursday, April 15, 2010

Dapat Pujian


Alhamdulillah, pada hari Isnin lepas Faiz telah pergi buat rawatan susulan dan latihan speech di Hospital Temerloh. Oleh sebab peningkatan yang memberangsangkan, Faiz dapat pujian daripada jurupulih pertuturannya dan doktor di Pediatrik yang merawatnya.

Ini semua adalah berkat kesedaran yang awal untuk bawanya ke Speech Therapy (baru 3 kali) dan Occupational Therapy yang dah mula sejak umurnya 2 1/2 tahun lagi. Sekarang, umurnya hampir 3 1/2 tahun. Jadi dekat setahun lah Tie bawa Faiz berulang-alik ke Hospital tu. InsyaAllah, semakin hari semakin baik dari semua segi. Selepas ni, rawatan susulan hanya akan dibuat 6 bulan lagi, Speech Therapy, 2 bulan lagi dan Terapi Carakerja yang bagus tu, 2 atau 3 minggu sekali.

Pujian baik yang Faiz dapat tu, berdasarkan perkembangannya yang semakin mengikut arahan yang disuruh, mahir dalam latihan atau mainan interaktif dan bertambahnya perkataan yang dia boleh sebut. Selain dari itu, Faiz juga semakin rapat dengan orang lain.

Doktor juga mengesyorkan supaya cuba hantar Faiz ke sekolah biasa. Sebab, walaupun Faiz seorang yang Intelligent Deficit, tapi mungkin dia lambat dari segi perkembangan pertuturannya saja, sedangkan IQ atau mindanya tetap seperti rakan seusianya atau mungkin ada kelebihan sikit dari situ. Walau apa pun, Tie akan tanya juga pendapat doktor dan jurupulih pertuturan dan carakerja nya yang lain.

Satu lagi perkembangan yang baik ialah, Faiz dah pandai dan kenal huruf hijaiyyah atau jawi (alif ba ta hingga ya) Lebih kurang 3 atau 4 hari dia tengok VCD Mari Mengenal Huruf AlQuran Keluaran Anak Soleh dia dah boleh sebut dan ingat hampir semua hurufnya.

Dalam VCD tu, ada cara menulis huruf tu. Faiz yang memang berminat belajar melalui VCD akan tengok dengan teliti huruf-huruf yang ditulis tu satu-persatu dan ikut menyebutnya. Sebenarnya VCD tu yang lama. Beli masa kakak dan abangnya kecik dulu. Ingat lagi, masa kakak dan abangnya dulu, dia akan jemu kalau belajar tulis huruf tu. Yang diaorang minat yang ada nyanyian je. Untuk memahirkan lagi, Tie belikan buku Jawi dan VCD belajar sambil berhibur - alif hingga ya.

Tapi satu yang tak puas hati, Faiz masih tak nak baca Iqra' ikut arahan dalam buku. Kalau diberi buku Iqra', dia akan buka ikut suka hati dia je. Tak pe lah, Tie akan cuba beransur-ansur untuk melatihnya..

1 comment: