Wednesday, March 17, 2010

Keputusan Pemeriksaan Doktor

Hari Isnin lepas, kami ke Hospital Tg Ampuan Afzan Kuantan untuk buat pemeriksaan doktor pakar tentang penyakit sebenar Faiz samada Autisme atau Hyperactive.
Keputusannya ialah Faiz adalah seorang kanak-kanak yang rendah tahap pemikiran dari usianya yang sebenar, atau disebut 'Intelligence Deficit'. Bukan Autisme atau Hyperactive.

Mujurlah masa doktor buat pemeriksaan tu Faiz bekerjasama dengan baik dan dia nampak mesra dengan doktor yang pandai menarik perhatiannya. Kami sekeluarga masuk ke bilik doktor tu. Selain doktor pakar, (Dr Nizam) ada seorang lagi doktor (Dr Aishah), dan 2 orang juru terapi cara kerja (Occupational Therapy).

Setelah satu jam kami bersama doktor dan ditanya beberapa soalan dan doktor telah buat pemeriksaan dan pemerhatian dengan cara bergaul serta melihat tingkahlaku Faiz, ada beberapa kesimpulan yang telah diberikan :
1. Faiz berkebolehan meneliti dan mengingati setiap pendedahan yang diberikan dan ada daya tumpuan yang baik.
2. Walaupun Faiz lasak, suka memanjat tapi masih boleh dikawal. Suka membuat sesuatu kerja dengan sendiri, itu maknanya dia sedang meneroka, atau explore dan meneliti sesuatu benda.
3. Boleh bercakap, tetapi perlu diberi perhatian yang lebih dan diulang-ulang sesuatu perkataan yang diajar dengan cara yang betul.
4. Boleh dibentuk dari segi bekerjasama dan ada hubungan mata (eye contact) yang baik.

Cadangan doktor..
1. Teruskan rawatan suslan dengan Doktor Pakar di Hospital Temerloh.
2. Sambung dan teruskan Speech Therapy dan Occupational Therapy di Hospital Temerloh.
3. Tambahkan tumpuan dan pemerhatian tentang kebolehannya daripada juruterapi cara kerja.
4. Ikuti dan perbanyakkan Parenting Skill.
5. Galakkan bermain Educational Games supaya dapat merangsang minda, pergerakan tangan dan mata sekaligus.
5. Praktikkan apa yang diajar semasa di Occupational Therapy dan Speech Therapy di rumah.
6. Peruntukkan masa yang lebih sikit untuk melatih bercakap dan mengajar di rumah.
7. Dapatkan borang OKU untuk masa depannya (Istilah yang diberikan oleh doktor BUKANnya Kurang Upaya, tetapi 'Kelainan Upaya')

Sekarang Tie dan abinya akan membuat tinjauan atau survey sekolah mana yang sesuai untuk Faiz ni. Berat juga masalahnya tu, sebab kadang-kadang Faiz tak mahu mendengar dan megikut arahan. Tapi tak pe, InsyaAllah akan dipermudahkan dan ada penyelesaiannya nanti...

6 comments:

  1. Salam.
    Anak itu permata dan amanah ayah bonda.
    Kasihi dan sayangi mereka seadanya.

    ReplyDelete
  2. Bersabar ya K.Teh, InsyaAllah ada kesenangan di sebalik kesusahan.. Yan rasa Faiz cerdik sesangat:)), bakal professor tu:))

    ReplyDelete
  3. Terima kasih buat Roha dan Yan.. Semua itu ujian dari Allah.. Betul tu, berkat kasih sayang, kesungguhan dan kesabaran mendidiknya,tak mustahil masa depannya akan cerah dan bakal gemilang, insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. salam Tie
    terma kasih kerana sudi singgah di blog saya. berapa umurnya Faiz? Faiz murid yang istimewa lalu dia perlu guru istimewa...kena banyak bsabar n perlu perhatian khusus terutama pertuturan, tingkahlaku dan perkembangan motornya...boleh emel saya untuk diskusi lebih lagi...bersabarlah kerana anda manusia terpilih...jagala dia dengan baik kerana sebelah kaki anda, insyaAllah sudah di syurga...

    ReplyDelete
  5. Insya Allah. Allah akan permudahkan....

    ReplyDelete
  6. Salam Laila Kamilia
    Bln 11 ni genap umur Faiz 4 thn. Memang ada keistimewaan dan potensi lain yg ada dlm diri Faiz. Cuma cara mengajarnya perlu perhatian khusus. InsyaAllah saya akan 'link'kan blog laila ke blog saya. Moga mendapat manfaatnya.

    Salam, Nida.
    Terima kasih di atas ingatan dan doa..

    ReplyDelete