Sunday, March 14, 2010

Hobi Faiz

Tengoklah Faiz tu, tak boleh berenggang dengan English Learner Computernya. Dah hafal hampir kesemua perkataan dalam tu. Dan, dah banyak ejaan dia boleh hafal.. Itulah keistimewaannya...(punyalah minat, sampai kaki naik atas komputernya tu..)

Kalau nak dengar suara video ni, pause lagu di atas..

Ini pula antara koleksi bekas dan botol syampu, bedak, ubat gigi dan sabun yang paling disukainya. Dia akan pegang beberapa minit sambil membaca tulisan dan menyebutnya. Itulah sebabnya Faiz boleh kenalpasti yang mana satu. Kita sebut je lah botol ape, dia akan tunjuk yang mana satu...

Lagi satu, Faiz gemar menyanyi sekarang ni terutama lagu Iqra', Adik-adikku sayang, buai laju-laju, ayah dan ibu dan lain-lain. Dia juga suka cakap 'Satu Malaysia' dan nyanyi lagu 'Budaya kita'.. macam dalam tv tu..

Gambar di bawah, abang Muiz dengan Naim yang asyik bermain dengan anak arnab yang dah semakin gemuk tu.. Kalau Faiz pulak, dia paling suka dengan si Mimo (bapak arnab tu).. Di akan kejar dan pegang dengan geramnya..

Esok, Tie akan bawa Faiz ke Hospital Tg Ampuan Afzan Kuantan untuk berjumpa pakar kanak-kanak. Untuk mendiagnosis penyakit Faiz sebenarnya..Walau apa pun keputusannya, Tie akan terima dengan hati yang terbuka dan redha.. Setiap anak ada keistimewaannya dan pembawa rahmat kebahagiaan dan rezeki dalam keluarga..

2 comments: