Tuesday, March 30, 2010

Comel, kan..?

Ini adalah gambar terbaru arnab yang berusia sebulan. Sangat comel, kan? Anak-anak cukup seronok bila tengok arnabnya dah makin membesar. Ada kebaikan juga, pelihara arnab ni. Antara kebaikannya ialah :
1. Memupuk rasa bertanggungjawab anak-anak. Seperti beri makan minum, terutama semasa arnab tu baru lahir yang perlu penjagaan rapi semasa menyusukan anak arnab tu dengan ibunya.
2. Menyemai rasa sayang pada binatang.
3. Dengan bermain atau membelai arnab tu, dapat mengurangkan rasa jemu atau boring. Sekurang-kurangnya masa anak-anak tak terbuang begitu sahaja. Ada juga faedahnya.

Tengok je lah gambar anak-anak yang riang bermain dengan arnab yang dibela sejak arnab tu baru lahir. Dah semakin besar dan comel., kan..

Ini gambar masa arnab tu dilepasakan dari 'rumahnya'. Bukan main sukalah si momo, pitty,choky, dan sweety tu..(nama-nama yang diberikan oleh Izzah dan Muiz pada arnabnya)Bukan main sayangnya budak-budak tu pada arnabya, siap bawa dalam rumah lagi..

4 comments:

  1. gerammmnya tengok arnab2 tuh, mesti anak2 seronok.. :-)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih pd yg beri komen.. memang comel pun. Siapa yg tgk mesti geram dn terpikat.. hi..hi..

    ReplyDelete