Friday, March 26, 2010

Bahan Pendidikan Untuk Kanak-kanak

Maklumat ni Tie dapat daripada doktor yang merawat Faiz baru-baru ni. Dia mencadangkan beberapa aktiviti atau mainan yang tersebut di bawah amat sesuai khususnya untuk kanak-kanak istimewa ini.
Kanak-kanak ini juga mampu bersaing atau seiring dan mungkin lebih berkeupayaan daripada kanak-kanak yang lain jika diberi pendedahan atau penekanan yang lebih berpandukan cara-cara dibawah sebagai panduan.

Bagaimana kanak-kanak (kelainan Upaya) belajar

* kanak-kanak belajar dengan berkesan bila mereka diberi objek dan bahan pendidikan yang boleh digunakan secara bijak.
* mereka dapat meneroka, bereksperimen, mencuba secara betul dan salah di dalam persekitaran yang selesa, selamat dan merangsangkan.
* Keseronokan bermain dapat dibantu bila ibubapa turut berinteraktif dengan mereka.
* Bermain secara interaktif merupakan asas utama di dalam perkembangan intelek dan minda kanak-kanak.

Perkembangan melalui permainan interaktif

* Bermain adalah cara utama kanak-kanak belajar dan perkembangan meningkat melalui permainan yang interaktif bukan pasif.
Aktiviti Permainan Manipulatif (Betindak secara bijak)
* Kemahiran bertindak secara bijak adalah kemahiran menggunakan tangan dan jemari dengan cekap dan pantas.
* Kemahiran ini amat berguna bagi memudahkan aktiviti seperti mengenakan butang dan zip baju, memegang pensel dan juga membaca dengan lancar.
* Aktiviti ini melancarkan koordinasi mata dan tangan bagi membina persepsi penglihatan bagi kegunaan membaca dari kiri ke kanan.


Aktiviti Permainan Blok dan Teka-teki ( Block and Puzzles)

* Aktiviti blok mempunyai bahagian-bahagian di mana kanak-kanak boleh meneroka dan memeriksa secara menggunakan tangan dan mata.
* Kemahiran motor halus seperti koordinasi mata-tangan, ketangkasan tangan boleh berkembang dengan baik.
* konsep-konsep tertentu boleh terbina menerusi memadankan, mengkategorikan atau penyusunan bersiri.
* Aktiviti blok juga meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai ruang dan kemahiran matematik terutama dari aspek jumlah isipadu.
* Aktiviti teka-teki dapat membina kesedaran terhadap ruang dan juga kebolehan berfikir secara logik.
*Aktiviti ini juga memberi peluang kanak-kanak melatih untuk meningkatkan koordinasi mata-tangan, kemahiran daya tindak halus(fine manipulatif skills) dan kemahiran ingatan (memory skills)
* Aktiviti ini doleh membina perkembangan berfikir secara menggunakan simbol dan konsep yang terdapat di dalam pembacaan, matematik dan penyelesaian masalah.

Aktiviti permainan matematik

* Aktiviti matematik amat penting di dalam kehidupan kanak-kanak masa depan.
* Kemahiran mengira, mengukur dan kesedaran mengenai ruang membolehkan kanak-kanak menjalankan tugasan harian dengan mudah.
* Kanak-kanak digalakkan mengalami pengalaman mengira, mengukur dan bukan dengan diajar semata-mata.
*Aktiviti ini membolehkan kanak-kanak bergerak dari konsep asas yang konkrit ke konsep bergambar seterusnya ke konsep abstrak atau simbol.
Kanak-kanak perlu mengalami pengalaman menggunakan bahan-bahan berbentuk 3 dimensi di dalam aktiviti seperti mengasing-asingkan, mengkelaskan dan mengira sebelum bergerak ke aktiviti yang lebih abstrak

Aktiviti Permainan Bahasa

* Aktiviti membaca dan menulis perlu berlaku secara seiring. Kerana perkembangan membaca dan menulis di kalangan kanak-kanak berlaku secara seiring.
* Kanak-kanak boleh dibantu melalui koordinasi mata-tangan, membina kesedaran mengenai tulisan dan peluang untuk membaca dan menulis.

** Gambar di atas adalah contoh mainan interaktif dan sekadar hiasan.

2 comments:

  1. Permainan Bahasa ni memang penting kan kak? :) Even kat sekolah menengah pun izzah suka ajak students main permainan bahasa ni, especially for those yang lemah in language (dua-dua, BM & BI). At least they can recall all the words and vocabulary which they have learnt before.

    Paling suka bila ajak main kuiz simpulan bahasa & peribahasa. Macam2 maksud la boleh tengok masa tuuu..adoila budak2 ni :P

    ReplyDelete
  2. pendedahan awal kepada anak-anak amat penting kerana ia membantu perkembangan minda.

    ReplyDelete