Friday, October 2, 2009

Bapa Kuda Laut Melahirkan Anak

Tajuk di atas menjadi tanda tanya pada Izzah, semasa pergi ke Perpustakaan baru-baru ni. Dengan rasa ingin mengetahui ceritanya, Izzah terus pinjam buku Sains Untuk Kanak-kanak yang memang sesuai untuk anak-anak yang seusia dengan umurnya iaitu 7 hingga 10 tahun. Buku ni memang menarik, ditambah dengan bahasa yang jelas, dihiasi dengan ilustrasi yang cantik dan menambah pengetahuan, bukan saja buat anak-anak, tapi untuk ibubapa dan guru juga.

Di bawah ada fakta daripada cerita tersebut khusus untuk ibu bapa dan guru-guru.

Kuda laut merupakan antara haiwan yang ajaib ciptaan Allah. Perkara paling aneh tentang kuda laut ialah cara mereka membiak. Kuda laut jantan cuba memikat kuda laut betina dengan menari-nari. Apabila telah berjaya memikat kuda laut betina, kuda laut jantan akan merapatkan diri dengan kuda laut betina dan bahagian perut mereka bersentuhan.

Pada ketika itu, kuda laut betina akan memasukkan telur-telurnya yang telah disenyawakan ke dalam pundi pengeram kuda laut jantan. Pada masa ini, mulut pundi pengeram itu terbuka, tetapi apabila selesai bertelur, mulut pundi pengeram akan tertutup semula menjadi lubang yang kecil hingga tiba masa anak kuda laut sedia dilahirkan. Selepas bertelur, kuda laut betina akan bebas daripada beban penjagaan anak kerana tugas itu diambil oleh kuda laut jantan.

Sekiranya pundi pengeram tidak penuh berisi telur, kuda laut jantan akan menjemput kuda-kuda laut betina yang lain supaya memasukkan telur-telur mereka. Akhirnya pundi pengeram kuda laut jantan akan membesar seperti belon.

Kuda laut jantan mengeramkan telur-telur tersebut selama antara 1 1/2, hingga 2 bulan bergantung kepada spesies. Pada akhir tempoh pengeraman, anak-anak kuda laut akan menetas antara 10 hingga 30 ekor setiap kali, dalam tempoh beberapa hari. Bilangan anak yang dilahirkan biasanya antara 250 hingga 600 ekor, yang juga bergantung kepada spesies nya.

Begitulah hebatnya Allah Maha Pencipta...

Dan galakkanlah anak-anak membaca, khususnya buku-buku cerita tauladan atau buku yang mendatangkan banyak manfaat untuk minda anak-anak yang masih segar.

"Banyak Membaca, Luas pengetahuan"

Kalau ada masa, Tie akan tulis fakta daripada buku cerita yang kedua (Sebelum hujan turun). InsyaAllah

4 comments:

  1. Salam

    Uniknya ciptaan Allah. Terima kasih kerana berkongsi maklumat...:-)

    ReplyDelete
  2. Ajarlah anak2 kita membaca buku2 yg boleh membuka fikiran mereka bukan belikan mereka buku2 kartun yang menyempitkan fikiran mereka...

    ReplyDelete
  3. wow...gitu kn....Allah Maha Besar!

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan,
    Bahan bacaan yang berkaitan sains memang membuat anak-anak kita mudah teruja membacanya...membuka minda mereka dan melihat ajaibnya kejadian Allah...

    Teruskan menulis!

    ps: dulu saya selalu tolong ayah saya buatkan akaun duit per kapita tu...seronok le dapat duit...

    ReplyDelete