Wednesday, September 30, 2009

Alhamdulillah...

1. Bersyukur pada Allah, Tie dah selesai puasa qada' sebanyak 6 hari dan dapat menyudahkannya dalam bulan Syawal yang mulia ni. Mudah-mudahan mendapat pahala puasa sunat Syawal. Abang Zul yang berpuasa bersama pun kira dah raya puasa enam lah'

2. Alhamdulillah, Izzah telah mendapat keputusan peperiksaannya iaitu nombor 3 daripada 34 murid di kelasnya darjah Satu Bestari.. Buat anak ummi, "Teruskan usaha dan tingkatkan prestasi untuk lebih berjaya pada masa akan datang..

3. Tahun ni, hajat untuk mendapat bantuan Pekapita daripada Jabatan Pendidikan Negeri tercapai akhirnya.. Setelah dua tahun sebelum ni Kelas KAFA Masjid Munawwarah, tempat yang Tie dan Abg Zul mengajar tu 'terlepas' daripada bantuan kerajaan tu.. Alhamdulillah Allah makbulkan impian kami.

2 comments:

  1. Salam..
    Tahniah buat Izzah...teruskan usaha dengan berlipat kali ganda lagi! (teringat tulis laporan dalam penyata kemajuan murid2 :-) )

    p/s: Akak mengajar di Johor ke? Area mana ek?

    ReplyDelete
  2. Buat Nida, Kak Tie ni orang Pahang lah.. Temerloh

    ReplyDelete