Thursday, July 16, 2009

Sama Tapi Tak Serupa

Semalam ada Yin dan Wan datang ke rumah. Ma pun ikut sekali. Yin tengah sarat nak bersalin tu, daya lagi berjalan ke sini, sebab temankan Wan yang ada kerja dan nak guna internet. Siap makan tengahari kat sini...Seronok sangatlah Naim tu bermain dengan abang Muiz dan Kakak Izzah.
Kelam-kabut juga lah, nak kemas barang mainan yang budak-budak ni main sebelum pergi ke kelas KAFA. Ma dan Yin tinggal je lah di rumah. Waktu kami balik, diaorang tengah bersiap nak balik juga dah..Sebelum balik tu, ma nak singgah Kampung Seberang nak ambil buah rambutan..
Saja je letak tajuk di atas tu, merujuk kepada kereta kami yang sama jenis tapi tak serupa warnanya..Tapi kereta Yin baru seminggu dibeli berbanding kereta kami yang dah hampir setahun pada 22 haribulan ni. (Tak termasuk kereta Saga Black acu lagi ni..)
Akhir sekali, tengok jelah gambar kanak-kanak riang ni...
(Apa yang Izzah buat sampai termuncung mulut tu?..)

3 comments:

  1. oooo...muiz main tk ajk along pon yee...

    ReplyDelete
  2. Ala..sepatutnya ada satu lagi kereta saga tu..yang warna hitam..hehe

    ReplyDelete
  3. Ya..lah, rugi masa tu acu tak ade kan...

    ReplyDelete