Saturday, June 20, 2009

Kecewa dan Gembira

Muiz dengan buku sekolahnya yang banyak.

Inilah huruf magnet yang Faiz suka tu..

Hari ni nak cerita dua kisah yang berlainan, yang pertama kisah yang mengecewakan dan yang kedua, kisah yang mengembirakan..

Kisah Pertama.

Ini kisah si Muiz yang sudah berhenti sekolah. Dah puas pujuk dia supaya rajin-rajin ke sekolah, tapi dia tetap tak nak. Alasannya ialah, malu dengan kawan-kawannya dan cikgu kerana pernah terkena sakit perut (terbuang air besar) di sekolah. Terpaksalah cikgunya menelefon ummi di rumah supaya bawa baju dan seluar. Dia nak basuh sendiri, tapi habis basah seluar dan bajunya.. kawan-kawan pun macam mengejeklah dia. Pernah berlaku dua kali macam tu. Peristiwa tulah yang menyebabkan dia tak nak berpisah dengan ummi dan merasa fobia untuk ke sekolah (agaknya la..)

Semalam, bawa dia ke sekolah untuk ambil buku dan berjumpa dengan cikgunya sebelum berhenti sekolah. (Masa pergi tu dah tamat waktu persekolahan) budak sekolah dah tak ramai. Cikgunya berpesan supaya tahun depan jangan malas ke sekolah. Dia kata ok, dan nak sekolah di situ lagi. Insyaallah Tie pun memang nak hantar dia ke PASTI lagi...sebab sukatan pelajaran di situ bagus dan banyak ilmu yang telah dia dapat walaupun hanya setakat 5 bulan di sekolah tu. Hadis dan doa pun dah banyak dia hafal...

Kalau diikutkan memang sayang untuk berhentikan dia, tapi Tie fikir kalau dia dah tak ada mood untuk ke sekolah nak buat macam mana kan. Insyaallah Tie akan luangkan masa untuk mengajar dia buat latihan dalam buku sekolahnya yang banyak tu. Kalau boleh mengaji Iqra' dua kali sehari.. Dia pun memang berminat dengan buku-buku tu, lebih-lebih lagi kalau belajar dengan umminya. Tapi kena bertegas lah dengan dia.. Lagi satu kena ajar dia supaya berdikari supaya senang untuk ke sekolah tahun depan (6 tahun). Kalau tahun depan tak nak juga .. hadiahnya rotanlah..

Kisah kedua..

Ini pula kisah si Faiz yang dah mula nak bercakap... Tapi ada juga yang tak faham apa yang disebutnya. Sekarang banyak perkembangan pada Faiz. Abjad huruf kecil pun dah diingat dan kenal hampir keseluruhannya. Dia pun dah mula untuk mengikut bacaan Iqra' lebih-lebih lagi sambil menonton VCD Bijak Iqra'.

Faiz ni seorang yang peka dan teliti dalam setiap perbuatan yang dilakukannya. Tie cakap begitu, sebab setiap kali dia pegang bunga, dia tenung dan sambil mengira kelopak bunga tu. Lagi satu, bila dia pegang 1 huruf (puzzle Magnet), tapi dia boleh terfikir sampai 4 huruf.

Contohnya, dia suka pegang huruf 'b', bila dipusingkan dia sebut 'd', bila diterbalikkan lagi dia sebut pulak 'q' dan akhir sekali, dia pusingkan dan sebut 'p'. Selain tu, huruf 'u' dia terbalikkan dan sebut 'n'. Ingat lagi masa abang dan kakaknya kecil, bagi satu huruf je, bukannya kenal huruf apa pun. Pegang sekejap dah campak puzzle tu. Tapi si Faiz ni lain sungguh, nampak dia punya daya imaginasi tu lebih sikit.

Begitulah serba sedikit alkisahnya... Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan yang Allah berikan. Semua itu adalah ujian dan dugaan daripada Allah. Kita seharusnya bersyukur atas setiap pemberianNya. Ada hikmah di sebalik semua kejadian Nya itu.

No comments:

Post a Comment