Monday, June 22, 2009

Istimewa Buat Abi



Sempena Hari Bapa semalam, Tie mewakili anak-anak nak ucapan Selamat Hari Bapa buat 'Abi' yang dikasihi...

Segala pengorbanan dan kasih sayang abi buat anak-anak tidak tehitung dan terbalas.. Cara 'abi' mendidik anak-anak secara tegas dan berhemah mengingatkan Tie pada arwah 'bak', (Allahyarham Hj Harun bin Hj Abd Rahman). Arwah memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada kami adik-beradik. Begitu juga dengan 'abi' yang kami kasihi... Semoga Allah memperkenankan doa kita untuk menjadi satu keluarga yang 'mawaddah wa rahmah'.. dan jasa baik abi tidak mungkin kan terbalas dan akan dikenang buat selamanya. Semoga Allah memberkati dan memberi rahmat terutama buat 'abi dan semua bapa-bapa sekalian.. Buat arwah 'bak', sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah.. Amin

No comments:

Post a Comment