Sunday, March 1, 2009

MENANGANI BENCANA ALAM MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

Ini adalah satu lagi tulisan Abg Zul. Asalnya khutbah Jumaat, tapi telah diubahsuai untuk masukkan dalam ni.

MENANGANI BENCANA ALAM MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

Islam adalah agama yang sangat menitik beratkan kesejahteraan kehidupan manusia.Tidak ada agama yang seumpamanya seperti agama Islam dalam menerajui segenap pelosok kehidupan manusia bermula daripada cara ibadat , berkeluarga , berjual beli . dan tidak ketinggalan juga dalam menguruskan hak sesama manusia ataupun alam semesta yang mana manusia adalah wakil khas Allah s.w,t. sebagai khalifah dimuka buminya sebagaimana firmannya dalam Al-quran

واذ قال ربك للملائكة انى جاعل فى الارض خليفة

Maksudnya : dan ketika berfirman oleh Allah kepada malaikat sesungguhnya aku menjadikan manusia diatas muka bumi ini sebagai pemerintahnya . Al- Baqarah ayat 30

Dunia yang telah menjadi tempat kehidupan manusia sejak ribuan tahun dikala ini semakin tidak selamat untuk didiami .Peperangan , pembunuhan dan wabak penyakit merbahaya yang mudah berjangkit, seperti selsema burung , virus nipah dan penyakit kelamin aids dan hiv yang masih belum ditemui penawarnya hingga kini telah meragut atau menjangkiti berjuta nyawa samaada yang bersalah mahupun yang tidak bersalah telah ramai menjadi mangsanya .Belum pun reda dengan permasaalahan diatas, masyarakt dunia berhadapan pula dengan masaalah yang lebih rumit lagi untuk diselesaikan iaitu isu global yang dinamakan pemanasan global .
Secara umumnya pemanasan global berlaku apabila muka bumi meningkat kadar kepanasannya yang akhirnya merosakkan lapisan ozon yang bertindak sebagai penapis kepada cahaya matahari. Apabila kepanasan matahari tidak ditapis maka ia akan meninggalkan kesan buruk kepada sistem alam ini seperti berlakunya kemarau akibatnya manusia tidak dapat bercucuk tanam maka akan berlakulah kenaikan harga beras dan juga kebuluran.
Bagi negeri-negeri yang selama ini sememangnya menghadapi krisis makanan seperti Afrika dan Korea utara rakyat kedua negara tersebut akan bertambah menderita lagi Kesannya bagi jangka waktu yang panjang lebih mengerunkan lagi iaitu apabila glasiar gumpalan air batu yang berada di kutub utara dan selatan akan mencair dan akan menenggelamkan pulau-pulau kecil diseluruh dunia. Tidak ketinggalan juga kesannya bagi negara kita.
Menurut kajiannya negeri-negeri yang berada pada ketinggian dua ratus meter daripada aras laut akan ditengelami air laut jika ini berlaku dengan kehendak Allah maka krisis penduduk dan pelarian akan berlaku dan membebankan lagi krisis kebuluran yang sedia ada.Proses kenaikan air laut terus berlaku dari semasa kesemasa.Tapi persolannya apakah usaha negara-negara dunia hari ini dapat mengatasi masaalah ini?
Diantara faktor yang menyumbang kepanasan dunia hari ini ialah:-
- kilang –kilang dinegara maju dan membangun melepaskan wap kepanasannya hingga merosakkan lapisan ozon
- ujian senjata peperangan terutamanya senjata nuklear memanaskan lagi
Kehidupan dunia.
- penebangan hutan yang tidak terkawal yang mana hutan merupakan anugerah Allah yang menjadi tempat tadahan air dan menyejukkan muka bumi ini telah tiada.

Islam adalah agama penyelamat samaada kehidupan manusia diakhirat kelak mahupun didunia , tidak ada satupun permasaalahan yang tidak dapat diselesaikan oleh Islam, kesemua kaedah penyelesaian telah ada didalam kitab sucinya, diantara kaedaahnya ialah pertamanya manusia perlu sedar mereka adalah pemegang amanah Allah untuk mengurus alam dengan lebih bertanggung jawab untuk memakmurkan Dunia ini . Keduanya kita perlu membuang sikap boros dan membazir yang menjadi budaya sebahagian masyarakat kita dan mengamalkan perbelanjaan berhemah sebagai menyahut seruan Allah
ان المبذرين كانو ا اخوان الشيا طين وكان الشيطان لربه كافورا

Artinya ; sesunguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan adalah syaitan bagi tuhannya itu sangat engkar .Surah Israk Ayat 27

Ketiga perlunya pengembelingan usaha yang mantap daripada semua pihak, kerajaan mahupun rakyat dalm menangani isu makanan , sektor pertanian perlulah diutamakan seperti penanaman padi yang merupakan makanan ruji penduduk negara kita perlulah diberi keutamaan . Bagi rakyat terutama golongan muda perlu perubahan minda untuk beralih ke bidang penanaman padi untuk kemaslahatan bersama .Dalam keadaan sekarang kita terpaksa menerima hakikat makanan adalah keperluan asas manusia , manusia boleh bertahan jika tidak mempunyai baju cantik, rumah besar atau prasarana indah bertaraf dunia , tetapi manusia tidak dapat bertahan walaupun sehari tampa makanan yang perlu diisi didalam diperutnya.Dan begitu juga penguakuasaan perlu dipertingkatkan agar tidak berlaku penyeludupan dan menyorok beras .Dengan itu harga beras akan melambung tinggi dan hukuman yang lebih berat perlu diwujudkan supaya penjenayah ini tidak berani lagi melakukan kesalahan menyorok beras .

Allah menceritakan dan mengajar kita cara menangani krisis makanan ini melalui cara rasulnya yang mulia iaitulah nabi yusuf a.s. peristiwa tersebut dirakam didalam al-Quran yang mulia dengan firmannya yang berbunyi :

قال تزرعون سبع سنين دابا فما حصدتم فذروه فى سنبله الا قليلا مما تاكلون ثم ياتى من بعد ذالك سبع شداد ياكلن ما قدمتم لهن الا قليلا مما تحصنون

Artinya : Nabi yusuf berkata kamu akan berladang tujuh tahun dengan kerja keras . Maka apa yang kamu ketam , hendaklah kamu tinggalkan pada tangkalnya ( supaya gandum tersebut tahan lebih lama ) kecuali sedikit sahaja yang perlu kamu makan ( iaitu dengan berjimat cermat ) kemudian akan datang kepada kamu tujuh tahun yang payah ( kemarau ) makanlah apa yang telah kamu simpan dahulu dan yang sedikit kamu simpan dahululah dapat menyelamatkan kamu daripada kebuluran . surah yusuf ayat 47-48 .

Isu pemanasan global ini adalah isu sejagat tidak memadai jika sebahahagian negara sahaja menanganinya manakala sebahagian yang lain pula mendiamkan diri ianya perlu kerjasama seluruh penduduk dunia .sudah tentu ianya adalah satu perkara yang amat sukar jika kita buat perbandingan secara mudah isu pencemaran sungai dan pantai dinegara kita sendiri pun amat sukar untuk diatasi inikan pula menghadapi sikap penduduk dunia yang lebih luas dan ramai. Dan jika berlakunya malapetaka (waliyazubillah )maka tidak kira samaada orang Islam atau bukan Islam baik ataupun jahat miskin ataupun kaya akan menerima kesannya firman Allah s.w.t.;

واتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة واعلموا ان الله شديد العقاب

Artinya : Beringatlah kamu akan fitnah( bala bencana ) yang tidak menjadi ketentuan kepada mereka yang zolim sahaja dan ketahuilah sesunguhnya Allah itu bersangatan seksanya .Surah al-anfal ayat 25
Jika Islam memberi kaedah penyelesaian untuk perkara yang sedang berlaku dan lagi akan berlaku Islam juga memberi penyelesaian kepada permasaalahan bagi perkara yang sudah berlaku. Sebagai umat Islam yang berakidah dan berpegang kepada asas yang dinamakan rukun imam, wajib kita percaya dan menyakininya setiap yang berlaku dimuka bumi ini sama ada baik ataupun tidak adalah dengan kehendak dan izinnya dan kita sebagai hambanya tidak perlu bertanya kenapa dan, mengapa Allah buat begini dan begitu tetapi yang ditanya oleh Allah adalah diri kita dan amalan kita apakah amalan kebajikan yang telah kita sediakan.
Sebagai seorang islam kita perlu berusaha , berdoa , dan bertawakal serta redha dengan ketentuannya samaada baik atupun buruk .Ketidak tentuan Dunia sejak kebelakangan ini bermula daripada suasana masyarakatnya hinggalah kepada kerosakan alam semesta adalah tanda-tanda akhir zaman dan dunia yang ada ini tidak kekal selamanya ianya akan ditukar dengan alam akhirat yang kekal abadi. Sama- samalah kita berdoa agar dijauhkan bala bencana dan jika ianya terjadi juga terimalah ianya sebagai satu ujian untuk penghapusan dosa dan mengangkat kedudukan kita disisi Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment