Thursday, February 26, 2009

HASIL TULISAN SENDIRI

Abang Zul suruh Tie masukkan bahan yang berunsur ilmiah hasil tulisannya dalam blog ni. Oklah, boleh juga dijadikan rujukan dan maklumat bagi diri ini dan buat tatapan sekelian yang membacanya terutama untuk anak-anak kelak..

IBADAT QURBAN DAN PERLAKSANAANNYA

PENGERTIAN ; Qurban diambil daripada perkataan arab قربان yang membawa erti menghampirkan diri , dalam erti kata yang lebih luas ialah menghampirkan diri kepada Allah dengan melakukan penyembelihan binatang yang tertentu pada 10 zulhijah , 11, 12 dan 13 julhijjah dengan syarat-syarat tertentu .

DALILNYA :firman Allah Taala فصل لربك وانحر
Artinya dirikanlah solat kerana tuhan mu dan berkorbanlah ( dengan menyembelih binatang ) dan firmannya lagi فكلوا منها واطعموا القانع والمعتر artinya maka makanlah daripadanya daging qurban dan berilah makan bagi orang yang tidak meminta –minta dan bagi yang yang meminta –minta .

Waktu perlaksanaannya

Selepas naik matahari dan telus solat hari raya dua rakaat daan khutbah pendek hinggalah tenggelam matahari hari yang ke- 13 zulhijjah

Perihal binatang qurban
Bagi unta berumur 5 tahun lebih . Lembu dan kerbau 2 tahun lebih . Biri –biri 1 tahun lebih atau sudah bersalin gigi . Binatang tersebut syarat-syaratnya sebagai mana pada masaalah aqiqah :
- tidak boleh cacat yang mengurangkan dagingnya
- atau keaiban yang nyata seperti buta kedua belah mata atau sebelah
- tidak boleh yang tempang atau patah sekali pun, berlaku semasa proses penyembelihan .
- yang bunting tidak memadai kerana mengurangkan daging.
- Tidak boleh yang terpotong telinga atu ekor atau kaki atau labun susunya
- Dibolehkan aib yang sedikit seperti carik telinganya , tidak bertanduk,atu tidak berkuku.

Hukum yang bersangkut paut dengan qurban
-haram dan tiada sah bagi yang hidup seperti bapa melakukan qurban untuk anaknya yang telah BALIGH tampa izinnya begitu juga haram dan tiada sah bagi yang hidup membuat qurban bagi yang mati tampa wasiatnya
- harus sahaja bagi bapa membuat qurban untuk anaknya yang belum baligh
- hukumnya adalah haram menjamu atau memberi satu juzuk daripada qurban kepada orang kafir .
- haram menjual apa-apa pun daripada binatang qurban bagi yang empunya qurban .dalilnya sabda rasulullah s.a.w من باع جلد اضحية فلا اضحية له barang siapa menjual kulit binatang qurban maka tidak ada qurbanlah baginya
- sebahagiannya daging qurban mestilah diberi kepada fakir miskin dan disyaratkan daging tersebut daging mentah .

- sah bercampur aduk dalam seekor lembu misalnya ada yang hendak qurban dan ada yang buat aqiqah . sah juga seorang yang membuat qurban dan aqiqah pada seekor kambing . dan begitu juga sah membuat aqiqah dengan seekor kambing bagi beberapa orang anaknya .

Niat dan kepentingannya
Mereka yang hendak melakukan ibadat qurban hendaklah menentukan samaada qurbannya adalah qurban wajib atau sunat .
- jika qurban itu adalah qurban yang sunat bolehlah mereka yang meniat itu memakannya . jika qurban itu qurban yang wajib tidak boleh sedukit pun mengambilnya walaupun kulitnya atau tanduknya.
- jika yang mahu melakukan qurban tampa menyebut samada qurban sunat ataupun wajib maka jadilah qurban itu wajib
- contoh lafaz niat qurban sunat : نويت الاضحية المسنونة لله تعالى sahaja aku melakukan qurban sunat kerana allah taala
- contoh lafaz niat qurban wajib; نويت الاضحية الواجبة للله تعالى atau نويت الالضحية لله تعالى artinya sahaja aku melakukan qurban wajib kerana allah taala . sahaja aku melakukan qurban kerana Allah taala .

cara mewakilkan niat dan penyembelihannya

CONTOH PERTAMA ;
1) Orang yang hendak melakukan qurban sunat ( ahmad ) ataupun wakil
2) Orang yang menerima wakil niat qurbqn sunat ( bakar )

DIALOG WAKIL DAN YANG MENERIMA WAKIL ( QURBAN SUNAT )

AHMAD: BAKAR AKU WAKILKAN DIKAU PADA MENIATKAN SEPERTUJUH DARIPADA SEEKOR LEMBU DARI QURBAN SUNAT KU \ POLAN BIN SIPOLAN DAN AKU WAKILKAN KEPADA ------------- UNTUK MENYEMBELIHNYA

BAKAR : YA ATAU MENGANGUK SAHAJA .ATAU DIAM SAHAJA

Apabila sampainya hari penyembelihan dan binatang qurban telahpun ada bakar pun meniat dengan katanya ; INILAH QURBAN SUNAT KU ( jika iapun ada buat qurban juga ) DAN SEGALA ORANG YANG BERWAKILKAN AKU .

CONTOH KEDUA :
1) orang yang hendak melakukan aqiqah sunat ( ahmad ) ataupun dipanggil wakil
2) orang yang menerima wakil niat qurban ( bakar )

DIALOG WAKIL DAN MENERIMA WAKIL ( AQIQAH SUNAT )

AHMAD : BAKAR AKU WAKILKAN DIKAU PADA MENIATKAN SEPERTUJUH DARIPADA SEEKOR LEMBU DARI AQIQAH SUNATANAK KU \ POLAN BIN SIPOLAN DAN AKU WAKILKAN KEPADA -------- UNTUK MENYEMBELIHNYA

BAKAR: YA \ MENGANGUK \ DIAM

PERKARA SUNAT DALAM AQIQAH

_Seeloknya yang melakukan qurban ia sendiri yang menyembelihnya , melainkan bagi perempuan ia wakilkan kepada orang lelaki .

_ hendaklah menyaksikan ibadat qurban itu , kerana rasulullah sendiri menyuruh Aisah menyaksikannya sambil membaca doa ( ان صلاتى ونسكى ومحياى ومماتى لله رب العالمين لا شريك له وبذالك امرت وانا من المسلمين )
_ disunatkan bagi yang melakukan qurban sunat ia makan sedikit daripadanya , terutamanya hati binatang tersebut kerana mengikut perbuatan rasulullah s.a.w
- paling afdal binatang qurban mengikut urutan ialah unta kemudian lembu atau kerbau dan, biri-biri dan kambing dan tujuh ekor kambing afdal daripada seekor lembu kerana banyak darah yang mengalirnya
- secara umumnya yang gemuk lebih afdal daripada yang kurus . manakala warna pula yang terafdal mengikut giliran , putih ,kuning , kelabu , merah , belang putih dan hitam , hitam yang jantan afdal daripada yang betina .
- Disunatkan bagi yang melakukan qurban tidak mencukur apa-apa bulu dan tidak memotong kuku , hikmahnya agar dibersihkan daripada dosa

HADIS YANG MENUNJUKKAN KELEBIHAN IBADAT QURBAN

ما عمل ابن ادم يوم النحر من عمل احب الى الله تعالى من اراقة الدم انها لتاتى يوم القيامة بقرونها واظلافها وان
الدم ليقع من الله بمكان قبل ان يقع على الارض فطيبوا بها نفسا

Artinya : tiadalah amalan anak Adam pada hari raya yang Allah terlebih kasih daripada menyembelih binatang dan bahawasanya quban itu akan datang pada hari qiamat dengan sekelian tanduknya dan kuku kakinya dan bahawasanya darah jatuh ia pada Allah pada suatu tempat kemuliaan sebelum daripada ia jatuh kebumi maka sukakanlah diri kamu dengan qurban itu
Riwayat tarmizi dan hakim

عظمو ا اضحاياكم فانها على الصراط مطاياكم

artinya : besarkanlah akan qurban kamu maka sesunguhnya binatang qurban itu tunganggan bagi kamu diatas sirat nanti .

JENIS KESALAHAN YANG BERLAKU DALAM IBADAT QURBAN

1) Tidak berniat dalam melakukan ibadat qurban . Cuma bagi duit dan nama sahaja
2) Tidak tentukan samaada ibadat qurban wajib atau sunat.
3) Kerap berlaku qurban seorang menjadi wajib, hukumnya haram bagi empunyanya memakannya walaupun sedikit.

PERINGATAN : mereka yang menguruskannya hendaklah minta halal jika wang yang lebih daripada pembelian binatang korban itu sebagai hadiah bagi yang melaksanakannya atu sebagai caj perkhudmatan . dan minta halal terlebih terkurang dalam pembahagian daging nanti kerana setiap perserta qurban ada hak dalam setiap juzuk daging qurban itu .


Terima kasih tidak terhingga جزاك الله خير الجزاء kepada yang arif lagi ikhlas kepada guru yang sudi membuat semakan : Ustaz Muhammad Ghazali b. Hj. Mat

Disediakan oleh : Ustaz Zulkifli b Hj Mat Arof

KITAB RUJUKAN : SABILAL MUBTADI
IANATUL TALIBIN
FURUK MASAAIL
SARQAWI
RISALAH MASAALAH QURBAN
SAHIH BIKHARI
SAHIH MUSLIM

LAFAZ MEWAKILKAN NIAT QURBAN

AKU WAKILKAN DIKAU PADA MENIATKAN SEPERTUJUH DARIPADA SEEKOR LEMBU DARI QURBAN SUNAT KU DAN ENGKAU WAKILKAN KEPADA…... UNTUK MENYEMBELIHNYA

No comments:

Post a Comment