Monday, January 26, 2009

Terapi Minda

Sempena cuti Raya Cina ni, dapatlah bawa Faiz berubat dengan ust Suhaimi. Cara rawatan dia simple je. Mula sampai tu, dia pasang cd ayat alQuran kat laptop dia. Mula sampai tu rasa susah hati juga sebab Faiz menangis, mungkin tak puas tidur. Pagi-pagi lg dah kejutkan dia dari tidur. Nasib baik lah dah masuk dalm rumah tu, dia ok pulak. dia duduk atas riba abi nya, dan sambil ustaz tu pun letakkan tangan atas kepala faiz dari jauh je tak kena pun kepala dia. Diiringi bacaan ayat al-Quran, ustaz tu mulakan terapi minda pada faiz dengan khusyuknya. Alhamdulillah faiz tak meragam, cuma umi nya tak boleh bangun dari tempat duduk tu..
Hampir setengah jam, Faiz tertidur diatas riba abi. Maka dapatlah ustaz tu meletakkan tangannya betul-betul diatas kepala faiz. kalau belum tidur tadi mesti ditepisnya tangan ustaz tu.
Setelah satu jam buat rawatan, maka selesailah rawatan terapi minda. Nampak betul memang ustaz tu berharap sungguh2 pada Allah Yang Maha Esa, dengan harapan agar Allah mengembalikan dan menyempurnakan minda faiz tu. Insyaallah, disamping tu, kami pun perlu banyak berdoa untuk kesempurnaan mindanya.
Ustaz tu kata, kalau nak buat rawatan susulan pun boleh juga, tapi tengoklah perkembangan diri Faiz dulu. Nak buat rawatan sendiri di rumah pun boleh, dia ada jual satu set cd rawatan (bacaan alquran) khusus untuk buat rawatan bermacam2 penyakit. RM 70 untuk 4 cd. Tapi tadi dah habis stok. Insyaallah, rasanya nak juga beli. Nantilah...
Setiap manusia tak terlepas dari ujian Allah, Abg Ro tu dah ada appointment nak kena operate jantung. Tapi nak cuba juga berubat cara tradisional ni. IsyaAllah... kita cuma ikhtiar, hanya Allah yang menyembuhkannya.

No comments:

Post a Comment