Wednesday, January 21, 2009

Dugaan dan Ujian

Dua hari dah berlalu, ada cerita yang mengembirakan dan ada yang mendukacitakan. Pertamanya, alhamdulillah Izzah berjaya masuk ke kelas 1 Bistari. Kelas yang pertama daripada 4 kelas di sekolahnya. Walaupun belum tahu kedudukan keseluruhannya, tapi takpelah, yg penting kakak dpat kelas yang terbaik iaitu seramai 38 org dlm kelas tu. Umi harap, kakak teruskan menjadi yang terbaik. ( tengok periksa tgh tahun nanti kalau blh dapatkan under 10. Insyaallah.. )

Perkara yang mendukacitakan pulak, si Muiz tu yang memang terkenal dengan kelasakkan dan kenakalannya tu, dah merosakkan cermin mata budak dekat kafa tu. Pecah cerminnya sebelah. Mana taknya, dia berlari2 waktu solat dlm surau. Saja je habis RM 50. menggantikan cermin yang pecah tu. Nasib baiklah kenal dgn mak budak tu, dpatlah diskaun RM10. sebab tak disengajakan. Tapi sebenarnya, dah 2 kali berlaku macamni. ( Kena ganti barang orang yg rosak, disebabkan Muiz) Muiz, umi harap janganlah teruskan perangai yang macamtu, lain kali. 

Malam tadi, bawa si Faiz berjumpa ust. yang mengamalkan perubatan secara Islam yang terkenal kat temerloh ni. Saja je, nak tanya pendapat dia tentang Faiz yang lambat bercakap dan masalah lambat tidur malam. Puas juga berpusing2 cari rumah ustaz tu.
Menurut kata ustaz tu, faiz mempunyai minda yang kurang matang dan tidak seimbang. Dia mudah menerima apa yang dia dengar tetapi tak dapat nak meluahkan atau menyatakannya.  Itulah takdir daripada Allah. Tapi, Insyaallah kita boleh usaha dengan cara membuat terapi minda. Hari Selasa nanti pergilah lg jumpa ust tu.

No comments:

Post a Comment