Tuesday, January 24, 2012

Alam Persekolahan 2012



Alhamdulillah, tahun ni bermulalah alam persekolahan Faiz. Walaupun pada mulanya rasa kurang yakin samada boleh ke Faiz berdikari, tinggal di sekolah sendiri tanpa ditemani umi bersamanya. Rasa bersyukur sangat yang dia boleh ke sekolah dan tinggal di sana sampai habis waktu persekolahan. Mula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari, kecuali Jumaat hingga 11.30 tengahari.

Di Pra sekolah Khas ni, semua anak-anak istimewa yang mempunyai masalah pembelajaran. Ada 9 orang semuanya. Bermacam ragam anak-anak ini, masing-masing ada keistimewaan tersendiri. 3 orang daripada mereka Sindrom Down, ada yang hyperactive, kurang pendengaran, tak boleh bercakap (guna bahasa isyarat) dan slow learner. Tenaga pengajarnya hanya 2 orang. Dapat rasakan, yang cikgu Zana dan cikgu Imah sangat sabar dan hebat dapat mendidik malah mengasuh dan menjaga anak-anak ini seperti anak mereka sendiri.

Tapi, sikap Faiz yang suka bersendiri dan berdiam diri tu, masih belum berubah. Sepanjang bersekolah ni, cikgunya baru terdengar beberapa patah perkataan saja yang disebutnya. Alhamdulillah, mujurlah boleh kencing dan makan sendiri tanpa bantuan cikgu.. Doa dan harapan umi semoga Faiz akan berubah dari segi kelakuan dan sikapnya menjadi lebih positif dan matang serta jadi antara murid yang terbaik di kelasnya, walaupun secara beransur-ansur, dan walaupun sedikit, tapi nampak perubahannya.. InsyaAllah.

Satu pengalaman yang baik dan rasa bersyukur sangat dapat mengenali ibu-bapa bagi insan istimewa ini. Ada yang berdukung ke sekolah dan ada yang ibunya tunggu di tempat khas sehingga tamat waktu persekolahan, kerana anaknya masih belum boleh berdikari sepenuhnya.. Ini semua demi kebaikan anak-anak dan kecemerlangan mereka dalam akademik dan sosial mereka.. Dari situlah umi rasa lebih bersemangat untuk pergi dan balik menghantar dan menjemput Faiz ke sekolah.. Semoga pengorbanan dan kesabaran ini dapat hasil dan balasan yang setimpal , insyaAllah..

3 comments:

  1. Dapat juga M.long tgk gelagat Faiz kat sekolah dia..Wah nmpk mcm bdk dh besar lah Faiz..dan nmpk dia suka sklh tu..Baguslah Ati..Kak percaya takkan sia2 pengorbanan seorang ibu..Insyallah.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. dan terima kasih kak selalu memberi dorongan dan turut sama mendoakan yang terbaik..

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas dorongan semangat...

    ReplyDelete