Sunday, December 18, 2011

Aktiviti Cuti Sekolah

Dalam musim cuti sekolah ni, banyak aktiviti yang dah dibuat dan dirancang bagi memanfaatkan masa cuti anak-anak. Pada 26 November hingga 10 Disember kakak Izzah sertai Kem Hafazan di Maahad Tahfiz Al-Amin, Kg Berhala Gantang.. Alhamdulillah daripada Kem tersebut dia berjaya menghafaz beberapa surah dan kumpulannya mendapat tempat kedua dalam Hafazan. Pada majlis penutup Kem, majlis telah menjemput Ustaz HizburRahman (Imam Muda) memberi ceramah motivasi kepada peserta..
Muiz pula sertai Kem Anak soleh di Sg Gau pada 9 Disember hingga 11 Disember 2011 (Jumaat-Ahad)



Selepas Izzah dan Muiz balik daripada Kem, tibalah masa untuk makan angin dan berseronok. Selama 3 hari 3 malam kami bercuti di Kuala Lumpur. Kami bermalam di USJ, jalan-jalan di Giant Putra Heigts, menghabiskan seharian di Pusat Sains Negara dan mandi manda di kolam terbuka di Presint 9 Putrajaya. Dapat makan nasi Arab di Restoran Saba'. Terima kasih Min dan Yan yang tengah sibuk untuk pindah rumah tu, masih berkesempatan luangkan masa untuk makan bersama kami..

Gambar-gambar yang diabadikan untuk tatapan dan kenangan..


No comments:

Post a Comment