Monday, November 21, 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011

Hari Sabtu lalu, berlangsungnya Hari Kecemerlangan Akademik 2011 di SK Paya Pulai, Alhamdulillah, walaupun Izzah dapat nombor 6 dalam kelas, tapi dia termasuk di kalangan 10 orang yang mendapat 5 A dalam matapelajaran teras di kelasnya.. Harap Izzah dapat kekalkan prestasi ini terus untuk UPSR nanti InsyaAllah.. Seramai 17 orang yang mendapat 5A dalam UPSR di sekolahnya, tahun ini.. Tapi tak dapat mengatasi rekod yang pernah dicapai iaitu 33 orang mendapat 5A. Tapi rasa kurang puas hati sikit sebab keputusan Muiz yang darjah 1 tak dapat diketahui berapa markah penihnya. Cuma yang dapat tahu nombor 1 hingga 3 saja. Lagipun darjah 1 ni tiada peperiksaan, cuma ujian saja. Kertas jawapan dia pun tak dapat.. Maka kita sebagai ibu ni, tak dapatlah tengok keputusannya.. Apapun, buat Muiz, untuk tahun hadapan ni, kena rajin-rajin belajar dan tingkatkan usaha untuk mencapai keputusan yang baik.


2) Majlis Anugerah Kecemerlangan KAFA 2011

Alhamdulillah, hari Khamis lepas sudah selesai majlis anugerah cemerlang Kafa Al-Munawwarah Taman Setia Jasa. Walaupun majlis serba ringkas dan sederhana, tapi Tie bersyukur kerana dapat memuaskan hati semua pelajar, dengan memilih hadiah seperti buku-buku cerita dalam bahasa melayu dan dan ada tulisan jawi.. Selain daripada itu, semua pelajar dapat cenderamata, fail dan bulu tulis.. Semua nampak puas hati, tak balik dengan tangan kosong. Hadiah dapat, makan pun sudah semestinya.. Urusan membeli hadiah diuruskan sendiri, mujurlah bajet mencukupi untuk semua hadiah termasuk 6 hamper untuk guru..
Tahniah buat semua pelajar yang berjaya, termasuk Izzah dan Muiz dapat nombor dua dalam kelas masing-masing..Yang kurang cemerlang, teruskan usaha..



1 comment:

  1. Tahniah! Tahniah! buat Izzah n Muiz..Teruskan usaha ye! Wah..Umi dan abi pun dapat hadiah ye..:)

    ReplyDelete