Sunday, September 11, 2011

Raya Puasa Enam

Hari Jumaat lepas, kami berkesempatan meraikan ma dan abi yang dah raya puasa enam. Alhamdulillah.. Ma nampak gembira dan bersyukur sangat dapat menghabiskan puasa enam dalam keadaan sihat.. Ma menjamu kawan-kawannya di Pondok Pangsenam sejak pagi lagi.. Ma buat laksa, sedap... Ramai juga kawan-kawan ma yang meraikannya dan ada juga yang tolong menyediakan bahan untuk dimasak.. Waktu kami datang tu dah petang dalam pukul 3, semuanya kawan ma dah siap makan dan balik, cuma adalah juga yang tak dapat datang sebab masih lagi berpuasa.. Ma siap buat 2 jenis kuah nya, yang satu tu tak berapa pedas sebab ma tak boleh pedas ..Muiz makan sampai 3 kali .. Ma cakap, puas hati dan suka tengok cucunya sedap makan laksa buatannya.. Tie pun sebelum balik tu makan lagi sekali..haha..

Masa Hari Raya dulu lupa nak bergambar dengan ma, jadi kali ni Tie tak lepaskan peluang bergambar di pondok kecil ma ni.. Cuma abinya tak ada waktu ambil gambar tu sebab ada hal dia keluar ke bandar sekejap..

Alhamdulillah, harapan kami semoga ma sentiasa bahagia dan sihat supaya dapat beribadah dengan khusyuk dan tenang..

Bersama ma tersayang..


Muiz ni, orang nak ambil gambar dia sibuk dengan game hanphone..

Faiz pun sedap sangat makan.. Kalau makan sendiri tak puas,
akhirnya kena suapkan juga..


Sedap sangat makan sampai tak sedar umi ambil gambar


2 comments: