Sunday, September 25, 2011

Arnab Untuk Dijual

Di pasaran sekarang, arnab kurang laku.. Jadi kami buat keputusan untuk komersialkan arnab peliharaan kami supaya ramai orang dapat tahu tentang adanya arnab untuk dijual. Kalau dulu arnab-arnab kami dibeli terus oleh seorang kawan tu untuk dijual di pasar-pasar malam atau pekan sehari. Tapi sekarang, katanya kurang laku dan tiada permintaan lagi.. Kami pun kena buat sesuatu untuk memperkenalkan arnab kami pada orang ramai, mudah-mudahan ada yang berminat.. Maka akhirnya, terhasillah papantanda iklan ni dan siap sedia untuk diletakan ditepi jalan masuk ke rumah kami..


Dan gambar-gambar di bawah adalah sebahagian daripada arnab yang akan dijual.. Arnab ni adalah baka local atau kampung. Tapi ada juga jenis lion head iaitu bulu nya yang kembang.
Semuanya comel-comel dan umurnya dalam lingkungan 4 minggu ke atas.. Harganya rm 25 ++ seekor.


Mulai hari ni, papantanda tu telah diletakkan di tepi jalan masuk ke rumah kami. Insya Allah mudah-mudahan mendapat berkat dan murah rezeki supaya ada orang yang akan membeli arnab kami..


1 comment:

  1. cantiknye.....minat yang color coklat tu.....dulu kat rumah ade gak pelihara arnab nih tp skrg x dah sebab xde tempat nak letak....reban arnab pun dah roboh.......comel3.......teruskan usaha semoga perniagaan maju dan murah rezeki...amin

    ReplyDelete