Friday, July 1, 2011

Cerita dan Gambar Terbaru Arnab-arnab ku..

Dah lama tak menulis blog selepas sibuk dengan periksa KAFA, lepas tu menanda kertas jawapan dan mengira markah untuk tentukan kedudukan nombor dalam kelas. Alhamdulilah, sekarang semua dah selesai.. Tetapi rutin harian semakin bertambah sebab sekarang arnab dah semakin membiak.. Tapi tak pe lah, semua tu rezeki sebenarnya.. Tak sampai sebulan, InsyaAllah akan dapat hasilnya nanti. Kali ni, Tie sekadar berkongsi gambar-gambar terbaru arnab yang ada sekarang dan baby arnab yang baru lahir dan akan dijual..

Si 'bulu kembang' ( jenis lion head)

oren nak tidur..

Duduk berhimpit-himpit dalam lubang longkang

ala..comeynya, nak minum air

geramnya tengok yang ni

Ini sebahagian drp 12 ekor yang akan dijual

Sekarang, tempat arnab Tie semua dah bersimen. Bagi ibu yang akan beranak, dia akan mencari tempat yang sesuai untuk melahirkan nanti. Tanda-tanda awal arnab tu akan beranak ialah bulu akan dicabut dan dan dikumpulkan disatu tempat yang tersorok.. Oleh sebab tak ada tanah dan lubang untuk digali, kali ni Pitty dan blacky beranak dalam baldi dan lubang longkang.

Bulu yang dijumpai bertaburan atas lantai sebelum si pitty beranak

Anak-anak blacky dalam lubang longkang

Anak Pitty dalam baldi je..Walaupun tempat ni sempit,
baby nya selamat tanpa diganggu oleh arnab yang lain..

No comments:

Post a Comment