Tuesday, April 26, 2011

Hari Ulangtahun Ma

We LOVE ma

Bertuah dan bersyukur rasanya, dapat meraikan hari ulangtahun ma yang ke 62 pada 24.4 yang lalu.. Ma yang terlupa tarikh lahirnya pada hari tu, nampak ceria dan gembira bila seorang demi seorang anak-anak nya mengingati dan mengucapkan selamat hari lahir buatnya melalui sms dan telefon. Pada sebelah petangnya, ma nampak semakin ceria, bila kami adik beradik (K.Ju, Tie dan Yin) buat sedikit makan-makan buat ma di samping cucu-cucunya sebagai penambah keceriaan.. Menu utamanya ialah mi kari dan sudah tentulah kek yang menjadi kegemaran ramai, Pandan Layer Cake..

** Walaupun Dik, Kak, Min dan Apis yang tak dapat balik, tapi ma cakap, dia tetap gembira kerana ma tahu, anak-anaknya sentiasa mengingatinya dan ma cuma inginkan anak-anak mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ma agar ma dapat beribadat dengan tenang dan ma juga sentiasa mendokan kita semua agar berbahagia dan tabah dalam kehidupan ini.. Kalau anak-anak gembira dan bahagia, ma pun lebih-lebih lagi bersyukur dan gembira.. Itulah besarnya kasih sayang ma..

Doa untuk ibu (Ungu)

Kau memberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan
hangat dalam dakapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan

oh ibu, terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan

oh ibu semoga tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku







No comments:

Post a Comment