Friday, March 18, 2011

Colmar Tropical dan Rabbit Park, Bukit Tinggi

1. Colmar Tropical, bayaran masuk Dewasa RM 12, kanak-kanak RM 8

Hari ni, nak upload gambar-gambar di Bukit Tinggi lagi, tapi kecewa sikit tak banyak gambar yang dapat diambil di Colmar Tropical tu, sebab waktu tu Faiz dah meragam dan menangis.. mood untuk bergambar pun dah hilang.. Muiz dan Izzah pulak banyak main game je.. jadi tak dapatlah ambil gambar kenangan di tempat yang cantik tu .. Ini je lah gambar yang sempat dirakam..




2) Rabbit Park bayaran masuk rm 3.00

Inilah rabbit yang berusia sebulan yang diasingkan

Kakak Izzah sesuka hati dia je angkat rabbit tu.. sepatutnya tak boleh tau..
(terasa macam yang sendiri punya)

tempatnya boleh tahanlah, bersih

Ini rabbit yang dilepaskan dan orang awam boleh masuk dan memberi makan

Abg Muiz geram yang ni, comel

Menunggang kuda dikenakan bayaran RM 6.00
Muiz kata best !

Sebelum balik ke rumah, anak-anak mandi-manda di air terjun Lentang sambil makan bekalan yang di bawa dari rumah..



1 comment:

  1. Kalau kak nak pergi nanti, bolehlah rujuk kat ati ye..:)

    ReplyDelete