Monday, December 27, 2010

Permata Istimewaku...

Shape and alphabet threading (lubangnya kecik sangat)
Tunjuk dengan rotan sambil menyebut huruf jawi (ikut cara abi mengajar abangnya)
Hasil tulisan tangan Faiztekunnya..

Syukur alhamdulillah, Faiz menunjukkan prestasi yang baik selepas hadir beberapa kali Occupational Therapy (Terapi Carakerja) dan speech untuk tahun ni..Tapi, bukanlah bergantung pada OT dan Speech tu semata-mata, berkat usaha dan latihan di rumah juga adalah yang mendorong perkembangannya.
1) Daya tumpuan yang lebih lama
2) Lebih mudah mendengar arahan
3) Kalau dulu hanya pandai menconteng, sekarang dah boleh tulis bulatan dan garisan menegak
4) Minat bermain game berunsur pembelajaran, kemahiran tangan dan IQ terutama Thread and Beads.. Memasukkan blog kayu atau manik ke dalam lubang tali (daripada lubang yang besar ke lubang yang kecil pun blh)
5) Dah mengenal huruf A ke Z dan nombor 1-12 (kedua-dua bahasa) mengenal semua huruf jawi.
6) Mula nak belajar berdikari, ke tandas sendiri, makan sendiri, (tapi memang kena suapkan juga sebab kalau makan sendiri dia tak kenyang dan tertumpah)
7) Mudah menghafal dialog dan perlakuan dalam VCD yang ditonton terutama vcd yang dia minati terutama Dora dan Brainy Baby.
8) Yang terbaru, dah boleh kenal Shape and Colour..( Selepas menonton VCD 3-4 kali )

Hasil pemerhatian, Faiz lebih mudah faham dan sebut perkataan Inggeris daripada bahasa melayu..Contohnya, kalau nak suruh dia basuh tangan, kena sebut "wash hand"sekali je terus dia berlari ke sinki nak basuh tangan berbanding bila cakap "pergi basuh tangan"..kena ulang beberapa kali.

InsyaAllah, tahun 2011 ni nak hantar Faiz ke tadika supaya dia dapat bergaul dengan rakan sebaya dan dapat belajar, walaupun percakapannya agak terhad, tapi mudah-mudahan dia dapat menerima pembelajaran dengan baik.. InsyaAllah.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, tersinggah di web ini.Saya juga mempunyai anak yg istimewa, seorg austistik, seorg lagi normal tapi slow learner. Alhamdulillah sekurang-kurangnya Faiz minat untuk menulis dan belajar, begitu juga dgn anak saya yg keempat itu cuma dalam usia 6 tahun saya hanya menghantar dia di private institusi yg membantu untuk right brain development dan menepikan tadika. Tapi bila mula masuk ke darjah satu, satu culture shock bagi dia, semua bende dia tak tahu baut walaupun untuk bermain, yg dia tahu hanya menangis sehingga dia di bawa berjumpa dengan kaunselor sekolah. Kini dia beransur pulih tapi dari segi akademik dia terlalu lemah.
    Saya sangat bersetuju kalau pun introduce Faiz ke alam tadika, sekurang-kurang dia akan adopt persekitaran pra presekolah lebih awal..
    Anak saya yg ketiga (istimewa) perangai normal tp maseh memakai pampers ke seolah kerana maseh tidak boleh menguruskan diri apabila ke tandas (semua pakaian akan di bukanya) walaupun hanya untuk membuang air kecil. Dia boleh menulis tapi tak mengenal apa yg dia tulis walaupun telah menulis separuh ayat. Dia tak kenal abc tapi boleh menulis nama dia sendiri kerana kekerapan latihan.. Terlalu byk saya komen tapi bercerita tentang anak-anak saya pula.. Anyway, tahniah pada puan kerana berjaya mendidik Faiz dengan begitu sempurna.. :)(http://sekapursirehseulaspinang.blogspot.com)

    ReplyDelete