Tuesday, October 12, 2010

Persembahan Nasyid

Izzah masuk pertandingan mewarna

Hari Sabtu lepas, kumpulan nasyid Muiz dan kawan-kawannya dari PASTI Aqliah dijemput untuk mengadakan persembahan sempena Karnival Belia Muslim di Taman Temerloh Jaya.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun dia batuk sikit. Persembahan tu adalah sebagai latihan sebelum mereka bertanding di Kuantan dalam acara Pertandingan Ihtifal Ilmiah PASTI Negeri mewakili Kawasan Temerloh pada 17.10.10 nanti di Sekolah Agama Al-Irsyad, Kuantan. (Kalau tak ada sebarang pindaan). Pada mulanya, Muiz masuk dua acara iaitu nasyid dan azan. Tapi, oleh sebab seorang peserta tak boleh sertai dua acara, maka azan diganti kan oleh pelajar lain.. Tak pelah, sekurang-kurangnya dia dah ada pengalaman bertanding di peringkat kawasan dan berjaya melaungkan azan dan menghafal doa selepas azan dengan baik..

No comments:

Post a Comment