Friday, August 20, 2010

Iftar bersama ma..

Hari Sabtu lepas Tie bersama anak-anak berkesempatan berbuka puasa dan bersahur bersama ma tersayang.. Kebetulan hari tu, Min dan keluarganya pun ada balik. Acu yang datang bawa juadah sebelum berbuka puasa menambahkan menu pada hari tu.. Meriah sungguhlah.. Selepas berbuka pula ada acara potong kek sempena Hari Lahir Afnan yang ke 7. Jadi banyak sungguhlah makanannya hari tu.. Alhamdulillah, dia atas rezeki kurniaan Allah..
InsyaAllah, minggu ni Tie bercadang nak ajak ma berbuka bersama kami pula dirumah pulak..

Gambar-gambar yang sempat di ambil daripada blog Yan (dah minta izin ya, hi.hi). Sekadar untuk tatapan dan kenangan..

Selepas berbuka puasa nak makan kek pulak, tapi, masing2 dah kenyang. Jamah sikit je lah.
potong kek bersama nenek

Nenek bersama cucu2nya

Aktiviti bersama sebelum berbuka (rajin pulak budak2 tu.. tengoklah siapa yg suruh..??)

Faiz dah 'berbuka' dengan keropok..

No comments:

Post a Comment