Monday, July 26, 2010

3 Peringkat Pendidikan Untuk Anak-anak


~MELAHIRKAN GENERASI KEPIMPINAN YANG BERWAWASAN DAN ISLAMIK~
Gambar diatas, sekadar hiasan.. Muiz Pengawas dan No. 9)

Kali ni, Tie nak berkongsi satu ilmu yang sangat berguna buat diri sendiri dan semua yang membacanya.. Maklumat ini Tie telah ambil daripada Warkah Ma tersayang (copy daripada blog acusrikandi) untuk kami anak-anaknya dan telah diolah semula. Semoga kita dapat mengamalkannya dalam mendidik anak-anak, untuk menjadikan anak yang soleh dan solehah..

Dalam mendidik anak, ada tiga peringkat yang perlu diketahui ;

1. Peringkat pertama iaitu ketika 7tahun pertama (1-7 tahun)
2. Peringkat kedua pula ketika 7tahun kedua (7-14)
3. Peringkat ketiga pula ialah ketika 7tahun ketiga (15-22(dewasa)

7 tahun pertama kita patut membelai dan memberi kasih sayang sepenuhnya,bermain-main serta bergurau dengannya.Berikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada si kecil.

Ketika 7 tahun kedua pula kita digalakkan mulai membentuk jiwanya dengan menjadikan diri kita sebagai contoh tauladan yang baik, disamping itu kita ajak dia melakukannya bersama-sama. Ajak dia sembahyang bersama walaupun pada mulanya mereka sembahyang sekadar main-main.Begitu juga dengan kerja-kerja rumah yang lain, ajak dia buat bersama-sama, bukan SURUH dia sahaja yang buat sedangkan kita tak buat sekali.

Di peringkat pertama, mungkin ramai orang boleh buat. Tapi di peringkat kedua ini kita kena usaha sungguh-sungguh untuk membentuk jiwanya menjadi baik atau buruk. Ambil berat tentang diri dan pelajarannya dan selalulah mendoakan kebaikan untuknya.

Di peringkat ketiga, ialah apabila anak-anak kita mulai meningkat remaja. Ketika ini mereka sangat memerlukan perhatian. Kita hendaklah menjadikan dia sebagai KAWAN. Disamping menjadi pendorong dan memberi nasihat.

Jika anak itu suka bercerita, kita mestilah menjadi pendengar yang baik. Jangan terus memarahinya jika apa yang dilakukannya itu salah. Tapi berilah nasihat dan panduan dengan lembut supaya dia dapat berfikir dan menentukan sendiriapa yang dilakukannya itu baik atau buruk. Jika anak itu pendiam, kita kena banyak bertanya dan cuba berbual dengannya supaya kita tahu apa masalahnya.

Jiwa remaja tidak boleh selalu dimarahi kerana mereka akan memberontak dan akhirnya mencari kawan-kawan untuk mengadu cerita. Inilah yang banyak berlaku sekarang bila anak-anak tidak rapat dengan ibu-bapa tapi lebih rapat dengan kawan-kawan yang mungkin tidak semuanya baik.

Di waktu inilah kita akan tahu hasilnya, berjaya atau tidak kita menjadi kawannya yang baik atau tidak. Iaitu mereka percayakan kita, menjadikan kita tempat bercerita sehingga tiada rahsia yang dia sembunyikan dari kita.

Andainya kita berjaya menjalankan amanah ALLAH kepada kita sebagai ayah dan ibu yang baik, nikmatnya kita juga yang akan merasainya.Kita akan mendapat anak yang soleh dan solehah yang akan menyayangi dan menjaga kita bila kita sudah tua..Mereka jugalah yang akan menjadi SAHAM kita, mendoakan kita bila kita mati nanti.InsyaALLAH..

Jika kita tidak berusaha ke arah ini dari sekarang, bimbang nanti anak-anak terikut ikut ke arah gejala negatif yang sangat banyak di sekeliling kita sekarang. Kalau rebung telah menjadi buluh baru hendak dilentur, tentu akan patah jadinya.

Kalau kita terlepas peringkat kedua ini, bila sampai peringkat ketiga iaitu ketika mereka sudah remaja kita tidak akan dapat menjadikannya kawan. Dibimbangi dia akan sentiasa menyakitkan hati kita. Hatinya akan menjadi keras , tidak mahu mendengar cakap kita bahkan akan melawan dan tidak hormat kita. Kerana kita tak jadikan diri kita sebagai contoh yang baik untuk diikuti dan dihormati.

Akhir sekali, Jagalah sembahyang lima waktu kita, sebab semuanya berpunca dari ibu-bapa, kemudian, dicontohi oleh anak-anak..Sembahyanglah perkara pertama kita akan disoal bila kita mati nanti. Jika kita tak sembahyang, ibadah atau kebaikan lain tidak akan di terima ALLAH..

Jagalah hubungan kita dengan ALLAH dengan memperbanyakkan sembahyang dan membaca al-Quran..Bila ada masalah, mengadulah dengan ALLAH .InsyaALLAH , ALLAH akan permudahkan semua urusan kita.Mudah-mudahan ALLAH akan memasukkan kita semua ke dalam syurganya... amin

3 comments:

  1. Insya-Allah..

    Semoga jadi amalan bersama..

    ReplyDelete
  2. semakin meningkat usia anak, semakin tinggi cabarannya...terima kasih kerana berkongsi :-)

    ReplyDelete