Monday, April 5, 2010

Dulu 4, sekarang 6

Yeeey.. arnab tu dah beranak lagi. Dulu cuma 4 ekor, sekarang 6 ekor. Jadi 10 ekor semuanya.. Siapa nak beli arnab, marilah sini.. Yang paling bestnya ada warna hitam dan coklat kelabu..Tambah lagilah kesibukan 'umi' ni..macam jaga anak kecik pulak dah.. tu yang dah 2 hari tak bukak internet ni... Muiz kata, kesian momo (arnab kesayangannya) cepat sangat dapat adik, baru sebulan .. ha.ha.ha..
Abinya cakap, raya tahun ni, boleh lah makan daging arnab, tapi anak-anak semua tak bagi, diaorang sayanglah...

Siapa nak belajar cara pelihara arnab tu, boleh sikit-sikit Tie bagitau kat sini..
Selain daripada beri susu ibunya, arnab tu juga diberi susu tepung menggunakan syringe. Arnab tu paling suka makan makanannya dan sayur kangkung serta ulam-ulam seperti ulam raja dan serai kayu (arnab pun suka makan ulam macam tuannya, abi). Sayur-sayur tu semua boleh didapati di keliling rumah je.. Kalau nak hidupkan arnab di kawasan bandar, susahlah sikit nak dapatkan sayur-sayur kampung tu.. Bagi kami tak ada masalah. Selepas 2 minggu, anak arnab tu boleh minum air dan makan sendiri dah.

Saja je tak nak ambil gambar arnab yang baru lahir tu... Tunggu dia besar sikit dan semakin comel, baru kita ambil gambarnya, suprise sikit..

1 comment: