Friday, April 2, 2010

Award dan Tugasan

Terima kasih buat Syahida (http://warkahdarimama.blogspot.com) yang beri award ni.. Demi memenuhi permintaannya di sini Tie tuliskan 7 perkara tentang diri Tie.

1. Berkelulusan STPM dari Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh.
2. Anak yang ke empat daripada 8 orang adik beradik. 2 lelaki dan 6 perempuan.(punyai sepasang adik kembar) Kiranya keluarga besar jugalah..
3. Seronok ber'bisness' kecil-kecilan iaitu jual baju muslimah kepada kawan-kawan dan kenalan terdekat je. Entah lah sampai bila, sebab tengok permintaanlah.
4. Bertugas sebagai Guru KAFA.
5. Beza umur Tie, jauh lebih muda dari suami iaitu 8 tahun.
6. Sejak lepas bersalin kan Faiz, Sampai sekarang masih mengamalkan akar kayu dan sedikit ulam-ulaman. InsyaAllah, awet muda dan terhindar daripada penyakit kronik. Agaknya, sebab amalan tu lah berat badan pun turun dengan sendiri dan 'mantain'.
7. Punyai seorang anak yang istimewa seperti Abil anak Syida. Sebab tu lah seronok baca 'Warkah dari Mama'. Boleh berkongsi cerita dan pengalaman.

Akhirnya, Semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan dan bertambah erat..

4 comments:

  1. salam Tie, terima kasih atas sokongan...saya SANGAT terharu.eh, kita sebaya la..hehe...yang mana satu anak yang ISTIMEWA tuh??
    oh ya, bila nak kembangkan biz ke alam maya?? bole la saya tumpang jadi customer.. :-)

    ReplyDelete
  2. syahida.. Memang kebanyakan orang tak tahu pun yg Faiz tu anak yang 'stimewa', sebab dia mcm sama je dgn anak-anak yg lain.Cuma yang membezakannya ialah dia lewat bercakap (speech delay) dan doktor kata Intelligence Deficit. Tp bg Tie, dia bijak, cuma cara mengajar dan dia belajar ada kelainan drp anak-anak yg lain.

    Tentang biz tu, rasanya tak sampai ke alam maya.. kecil2kecilan je..

    ReplyDelete
  3. tie, macam Abil juga la...luaran semua normal, tp kalo dah kenal baru nmpak keistimewaan dia. Apa2pun setiap anak ADA potensi..tugas kita untuk mengasah potensi tu dengan cara dan teknik yang betul insyAllah...mudah2an Tuhan permudahkan segala urusan anak2 kita insyAllah..

    ReplyDelete