Sunday, March 21, 2010

Mandi Sungai

Hari Jumaat lepas bawak Izzah dengan Muiz yang nak sangat mandi sungai kat rumah alongnya di Kg Bangau. Oleh sebab arus air deras, maka budak berdua tu mandi di tepi sungai je sambil pegang tangan alongnya. Muiz yang pada mulanya takut, akhirnya turun juga ke dalam sungai tu. Abinya yang bercadang nak pergi sampai ke pasir yang di tengah sungai tu, tak jadi sebab arus deras. Cukuplah sekadar jadi pemerhati budak berdua tu yang mandi di tepi je. Tie dan Faiz tengok dari atas, tak boleh turun nanti Faiz nak masuk dalam sungai tu karang susah pulak..

Kalau dapat naik atas pasir tu kan best ..
Ha.. baru nampak muka abi
Abi membelakangi kamera je.. Muiz dah mula seronok dalam sungai
Zoom sikit.. Muiz dan Izzah tak lepas daripada pegangan alongnya
Muiz sebelum masuk ke dalam sungai
Pandangan daripada atas..

2 comments:

  1. Salam Zultie.

    Seronoknya dapat mandi sungai.. aktiviti hari-hari masa bersekolah rendah dulu.. bila dah bersekolah menengah belajar di bandar sikit, kurang mandi sungai.. dan bila dah bekerja lagilah kurang.. dan sekarang susah.. slipped disc jadi agak sukar nak mandi manda begini.. lebar sungainya kan.

    ReplyDelete
  2. Yelah.. masa kecik-kecik dulu memang selalu mandi sungai. Sekarang tengok je lah.. Sungai Pahang memang lebar..

    ReplyDelete