Sunday, February 21, 2010

Tertangguh ..

Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Dah lama tak update blog ni.. pertamanya tak ada masa dan keduanya, kalau bukak je komputer asyik budak berdua (Izzah dan Muiz ) nak main game online je. Dan yang ketiganya, tak ada mood sebab tak ada gambar yang nak dimasukkan..

Hari ni cuma nak cerita serba ringkas tentang Faiz yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan hari Rabu lepas, untuk berjumpa doktor pakar tu, tertangguh lagi. Sepatutnya, hari tu terus berjumpa dengan Doktor Nizam yang akan diagnos penyakit sebenar Faiz tu, sama ada hyperactive atau autisme.. Tapi masih tertangguh lagi hingga 15 Mac nanti. Tak tahulah mana silapnya, doktor yang sepatutnya kami jumpa hari tu, tak ada pada tarikh tersebut.Tapi Doktor yang merawat Faiz di Hospital Temerloh cakap, dia dah hubungi sendiri doktor di HTAA tu dan confirmkan tarikh 17 feb tu... Nampaknya, kena ke HTAA Kuantan lagilah cuti sekolah ni..

Faiz pulak sekarang, semakin pandai menyanyi (tapi cara sebutan dialah), semua benda nak buat sendiri seperti buat susu, dan pakai seluar baju, minat sangat main learning komputernya, sampaikan abangnya nak main sama pun tak boleh.. Lagi satu, sekarang dia suka sangat rapat dengan orang lelaki, tak kira muda atau tua. Masa kat HTAA tu, dia duduk atas riba 'pakcik tu, pegang tangannya dan nak bermanja dengan orang tu.. Kadang-kadang, kita pulak rasa malu..Kalau orang yang dah kenal tak pe lagi..Ni, orang yang baru jumpa dan tak kenal siapa pun faiz dah nak bermanja. Kalau dulu Tie risaukan dia tak pedulikan orang lain, tapi sekarang, sebaliknya pulak. Tapikan, nasib baik dia tak buat macam tu pada budak perempuan. Kalau tidak, mesti lari budak perempuan tu..hi.hi..

4 comments:

  1. Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors

    ReplyDelete