Monday, November 30, 2009

Malam Meraikan Pelajar dan Guru

Abi mendapat cenderamata daripada salah seorang bekas pelajarnya

Kumpulan Nasyid Hufaz

Muiz, sempat juga bermain 'alat percussion' tu

Sempena Hari Raya Korban, di Maahad Tahfiz Al-Amin Kg Berhala Gantang Temerloh, telah mengadakan majils meraikan para pelajar dan guru gurunya. Kami sekeluarga berkesempatan pergi ke majlis tersebut.
Walaupun majlis secara sederhana, tapi anak-anak sangat gembira sebab dapat makan mi sup special, abinya dapat hadiah dan tengok persembahan nasyid daripada kumpulah Hufaz sambil bermain percussion yang boleh tahan juga, hebatnya..
Sebelum balik tu, anak murid abinya minta tolong pelihara arnabnya, sebab dia nak balik kampung sempena cuti sekolah ni. Muiz dan Izzah bukan main seronoklah, bertambah lagi dua arnabnya. Tapi makin susahlah sikit menjaganya..

p/s
Buat pengetahuan Min, Kumpulan Nasyid Hufaz tu minat kumpulan Inteam, dan berhajat untuk menjemput Inteam buat persembahan di Maahad Tahfiz mereka.Nanti bolehlah suruh abang Zul bagi address Inteam Record kat diaorang..

1 comment:

  1. Amboi muiz..besar nanti nak jadi penasyid macam anjang jugak ke?hehe

    ReplyDelete