Monday, November 23, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Paya Pulai

" Terima kasih cikgu.."

Hari Sabtu lepas, ada sambutan Hari Kecemerlangan di Sek Keb Paya Pulai. Walaupun Izzah tak mencapai target untuk dapat nombor 3, tapi alhamdulillah dia dapat juga hadiah bagi pencapaian A dalam kesemua matapelajarannya dan pelajaran Muzik 100% . Izzah dapat nombor 5 selepas keempat-empat pelajar yang mendapat no 1 hingga 4 kesemuanya lelaki. Dia juga kekal di kelas Bestari tahun depan.

Keputusan UPSR sekolahnya pun meningkat sedikit dengan pelajar yang mendapat 5A seramai 20 orang. TAHNIAH kepada semua, di atas kejayaan yang cemerlang.

Cuma Tie sedikit tak puas hati tentang Izzah yang banyak kecuaian dalam menjawab soalan seperti jawapan dibiarkan kosong tak berjawab dan ada yang tersalah ejaan.

Nasihat buat Izzah, tahun depan tingkatkan usaha dan jangan cuai dalam menjawab soalan..

Akhir sekali, Selamat Bercuti buat semua anak-anak yang bersekolah dan guru-guru. Manfaatkan cuti sekolah ni dengan membuat perkara yang berfaedah.

1 comment:

  1. Salam kak..

    Tahniah buat Izzah atas A dalam semua subjek.. Takpe yang penting kualiti... nombor tu perkara kedua...

    p/s: selamat bercuti buat semua guru2 di Malaysia.. cuti sekolah kat sini lama lagi, pertengahan Disember nanti :-)

    ReplyDelete