Thursday, October 15, 2009

Khatam Al-Quran


Sebelum baca Entry ni sila Pause Lagu tu dulu.

Hampir dua tahun lepas iaitu 20.10.2007 pada umurnya hampir 6 tahun Izzah dah mula membaca al-Quran. Bertarikh 13.10.2009 akhirnya, dapatlah Izzah menghabiskan 30 juzuk Al-Quran. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan abinya yang banyak mengajar maka dapatlah Izzah khatam al-Quran sebelum umurnya 8 tahun. Moga dapat di contohi oleh kedua-dua adiknya, Muiz dan Faiz.

Adaptasi daripada Doa Khatam Quran ..Moga Allah perkenankan doa kita semua..InsyaAllah.


Selepas ni Izzah kena mengaji beserta tajwid dan dilatih supaya sebutan lebih lembut dan jelas, sebab masih ada kelemahannya... (Dengarlah suara riuh rendah Muiz dan Faiz dalam video tu, dan tengoklah Faiz masuk ke bawah meja. Mujurlah dia tak mengacau kakaknya mengaji. Muiz yang rakam video tu, sebab tu lah ayat yang dibaca tak sampai habis. )

- InsyaAllah, Hari Ahad ni nak buat pulut kuning untuk Izzah. Abinya berhajat nak bawa ke Maahad Tahfiz tempat dia mengajar. Semoga mendapat keberkatan..

video video

3 comments:

  1. Alhamdulillah..
    ana doakan,semoga izzah jadi anak yang solehah dan semoga ALLAH sentiasa merahmati ummi dan juga abinya..ameen..

    Hati yang sentiasa berhajat kepada kebaikan akan dipermudahkan jalan oleh ALLAH s.w.t..
    insyaALLAH..
    Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  2. lega kan kalau dah khatam....lepas ni ulang tajwid je...

    ReplyDelete
  3. Buat Niesa .. Terima kasih dan Insyaallah akan mendapat rahmat dari Allah.

    Asnija.. Selepas ni, ulang lagi dan tumpukan pada tajwid pulak.

    ReplyDelete