Thursday, August 27, 2009

Simpati di atas dugaanNya....

Berita yang sungguh mengejutkan dan simpati selepas mendengarnya....Ini adalah kisah jiran Tie yang diceritakan sebelum ni, akak yang sakit dan tak sedarkan diri tu, ada kaitan dengan strok dan darah tinggi serta kencing manis.

Sungguh besar ujian yang menimpanya, selepas dibawa ke hospital Temerloh hari tu, pihak kecemasan tidak mahu terima kes tersebut dan diarah dihantar ke ICU Hospital Besar Kuantan. Tapi tak pastilah waktunya pukul berapa.. Tapi yang pasti, pagi hari Selasa tu abang Zul dapat tahu daripada abang jiran Tie tu, ambulans yang membawanya ke Kuantan tu kemalangan pulak...

Kasihan akak tu, terhantuk di kepala, dan mengalami kecederaan di otak pula..Tapi tak pasti lah pulak, macammana berlaku kemalangan ambulans tu. Rasanya mungkin ambulans yang dipandu laju tu terbabas...

Tak dapatlah Tie nak cerita panjang disini, sebab tak tahu berita selanjutnya..hanya sekadar turut sedih dan berdukacita serta mendoakan kesihatan buat akak tu. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment